Powered By Blogger

nuffnang

Tuesday 11 October 2011

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

(Figure dalam gambar diatas hanya andaian dan jangkaan saje..bukan betul2)

Salam to all..

Bajet 2012 yang telah dibentangkan menceriakan pengkhidmat awam (penjawat awam) seluruh negara. Kini mereka boleh menarik nafas lega setelah kerajaan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan Sistem Saraan Baru Pengkhidmatan Awam (SBPA).

Sistem baru diperkenalkan dijangka dapat memantapkan perkhidmatan awam dengan khidmat yang cekap dan berkualiti sesuai dengan hasrat kerajaan mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia yang dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi.

Menerusi SBPA yang bakal dilaksana tahun depan, pengkhidmat awam bakal menikmati kenaikan gaji tahunan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred dan prestasi kerja. Lebih banyak mata gaji akan diwujudkan. Bermakna, gaji minimum pengkhidmat awam telah ditingkatkan selaras dengan kos sara hidup yang kian meningkat.

Namun disebalik berita gembira ini terdapat satu mesej kepada pengkhidmat awam iaitu Prestasi Kerja dijadikan ukuran dalam mengekalkan atau menamatkan perkhidmatan. Pada tafsiran Warghih ialah kepada penjawat awam yang menunjukkan prestasi tinggi berpeluang menikmati pelbagai faedah antaranya kenaikan pangkat dan kenaikan gaji. Manakala sebaliknya penjawat awam yang bermasalah terdedah kepada risiko untuk ditamatkan perkhidmatan jika tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan organisasi. Exit policy juga diperkenalkan dalam memastikan perkhidmatan awam sentiasa berkesan dan bertanggungjawab.

Penjawat Awam haruslah sedar bahawa mereka perlu selari dengan kehendak stakeholder dan pelanggan. Dimana setiap penjawat awam haruslah mendokong hasrat murni kerajaan mentransformasikan Perkhidmatan Awam kearah yang lebih berdaya saing dan fokus kepada rakyat sesuai dengan dasar 1Malaysia, Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan.

Didalam memuaskan hati pelanggan dengan perkhidmatan bermutu, aspek Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni tidak boleh diletak ditepi, ianya haruslah dijadikan amalan dan pelaksanaan. Pengkhidmat Awam tidak boleh lagi mempamerkan muka FRU apabila berhadapan dengan pelanggan.

Dengan perubahan drastik yang bakal dilaksana ini, maka setiap rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung boleh berpuas hati dan menyokong tindakan dan dasar kerajaan. Ingatlah perkhidmatan awam juga dinilai rakyat didalam memilih parti yang memerintah. Jangan kerana segelintir pengkhidmat awam yang tidak bertanggungjawab terlibat dengan rasuah dan sebagainya, kerajaan yang memerintah menerima kesan buruk.

Monday 10 October 2011

Pertandingan Fotografi 1Malaysia

Salam to all..

Fotografi kini semakin popular dan menjadi satu hobi baru dikalangan warga, especially anak-anak muda. Dulu, kamera DSLR hanya digunakan oleh jurufoto2 media dan organisasi kerajaan dan swasta. Dalam tidak sedar semakin ramai warga memiliki DSLR dan menjadi satu trend masakini. Sesiapa yang mempunyai hobi ini dilihat cool.

Di Negara maju fotografi menjadi hobi oleh warganya. Dengan benchmark dan petanda ini bolehlah dikatakan Negara kita kini sedang pesat kearah mencapai status negara maju.

Cakap pasal fotografi ni, Warghih pun nak war-warkan satu program yang sedang dianjurkan oleh KPKK dan Jabatan Penerangan Malaysia iaitu Pertandingan Fotografi 1Malaysia.

Hadiah pertandingan ini amat lumayan iaitu hadiah pertama sebanyak RM 20,000, hadiah kedua RM15,000, hadiah ketiga RM10,000 dan 7 hadiah saguhati bernilai RM 1000.

Sape2 yang ade kamera DSLR tu rebutlah peluang ini. Mane nak dapat peluang semacam ini. Kalau menang tempat pertama tu boleh beli 4-5 buah kamera DSLR Nikon D7000... Lagi satu tak banyak modal pun tangkap gambar kalu dah ada kamera tu.

Bukan susah sangat pun...tangkaplah gambar yang mengambarkan atau bertemakan 1Malaysia, pastuh hantar. Tapi make sure menepati syarat2 pertandingan. 31 Oktober ni tarikh tutupnya..

Dan yang paling penting ialah supaya matlamat pertandingan ini tercapai iaitu mengalakkan perpaduan kaum dan menyemarakkan semangat 1Malaysia.

Kalau berminat layarilah website sini, sini dan sini. Selamat Berjaya dan Selamat Mencuba...

Thursday 6 October 2011

Bajet 2012 dan PRU13


Salam to all..

Tinggal beberapa jam lagi kerajaan akan mengumumkan belanjawan bagi tahun depan. Bajet 2012 ini penting kerana ianya sinonim dengan persiapan menghadapi pilihanraya Umum ke 13 yang dijangka berlangsung awal tahun depan atau akhir tahun ini.

Apepun perancangan kerajaan, Warghih menyambut baik usaha-usaha positif kearah membantu rakyat di segenap lapisan terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Rakyat yang bakal mengecapi manfaat pula bersyukurlah kepada Allah SWT atas rezeki yang diberikan dan berterima kasihlah kepada kerajaan.

Atas dasar itu juga kuatkan sokongan anda kepada kerajaan memerintah yang sentiasa memikirkan dan mendahulukan kepentingan rakyat.

Baru-baru ini pihak di seberang sana telah mengumumkan belanjawan angan-angan mereka. Pendapat Tun Mahathir mengenainya harus dijadikan asas meneliti dan memahami gula-gula yang ditawarkan.

“Memang mudah merancang dengan duit yang kita tidak ada” ujar Tun.

Pilihanraya yang lepas kita dapat saksikan pembangkang menawarkan pelbagai janji manis jika menang pilhanraya. Namun, selepas menang sahaja di 4 buah negeri, janji tinggal janji. Masa pilihanraya nampak muka, lepas menang lubang hidung pun x nampak…

Apepun belanjawan kali ini sesuatu yang menarik kerana PRU 13 is around the corner. Umpama time bomb yang menanti diletup. Jentera politik UMNO dan BN haruslah bersedia mulai sekarang. Kerana sebarang kekalahan/ kemenangan adalah atas dasar rakyat yang memilih dan melihat perangai anda.

Mahathir VS Yahudi



Salam to all..

Warghih link kan video wawancara Tun Dr Mahathir di BBC World. Temubual ini sarat dengan informasi yang berguna untuk diteliti dan dijadikan rujukan. Wartawan yang menemuramah ini sering memprovokasi Tun Dr. M dengan pelbagai tuduhan. Lihat bagaimana Tun menjawab setiap tuduhan dengan tenang dan sinikal hingga wartawan ini terpaksa menukar topik.

Hal yang dapat difahami bersama ialah Pemikiran Tun Dr. M sangat luas kerana beliau sangat cintakan ilmu dan suka membaca buku. Seorang kenalan Warghih yang merupakan bekas Setiausaha Akhbar Tun Mahathir Mohamad memberitahu Warghih bahawa Tun Dr. M seorang yang sangat sharp pemikirannya. Jika beliau mula menulis beliau tidak berhenti menulis kerana idea yang sangat banyak. Berbeza dengan kita jika menulis terpaksa stop kejap untuk mencarik idea...

Bebalik semula kepada temubual berkenaan, di akhir sesi wartawan ini membangkitkan bahawa Ketua Pembangkang Malaysia (DSAI) menyuruh Tun Dr. M tutup mulut. Dan Tun mengatakan kenapa beliau harus menutup mulut, Puak Pembangkang sedang merosakkan negara. Jika beliau menutup mulut beliau akan menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab.

Maka kesimpulannya, seluruh rakyat Malaysia jangan tutup mulut dan jangan biarkan Negara ini dirosakkan oleh Pakatan Rakyat. Setiap orang harus memainkan peranan dan jangan mengharapkan tugas ini dipikul oleh Tun. Dr. M sorang sahaja. Ingat pepatah melayu bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Tuesday 4 October 2011

Filem Seram Perosak Minda Rakyat



Salam to all..

Selepas Tun Mahathir menegur mengenai lambakan filem seram, kini pelbagai pihak terkejut dan menunding jari sana dan sini…

Warghih terpanggil untuk menghentam penerbit2 filem seram yang tak rase bersalah langsung dengan tindakan mereka yang terus-menerus menghasil dan menayangkan filem-filem dan drama-drama seram. Malah filem seram yang baru keluar mutakhir ini turut menghina Rasullah SAW dan umat islam seluruhnya..nauzubillah.

Rakyat hari ini terbantut fikiran dan mindanya dengan filem dan drama seram. Kenapa warghih cakap begini? Kerana cerita seram ini sememangnya tidak membantu mengerak minda rakyat untuk berfikir dan bertindak secara positif.

Kita lihat filem atau drama Jepun. Malah didalam penghasilan anime dan manga juga diterapkan aspek positif iaitu semangat berusaha dan tidak berputus asa didalam melakukan sesuatu kerja. Mana-mana filem Jepun pun menegaskan sekiranya berusaha dengan gigih maka akan mendapat hasil yang memberangsangkan malah mendapat hasil yang luar biasa.

Kesannya, kita lihat Jepun mencapai berbagai-bagai kejayaan dan menguasai serta mendahului aspek teknologi dan ekonomi. Malah Jepun berjaya mencapai status Negara maju walaupun Negara mereka pernah hancur akibat ledakan bom atom dan tsunami & bencana alam.

Balik semula kepada Negara yang kita cintai ini, rakyat kita sering dimomokan dengan Momok melalui filem dan drama. Sering ditanamkan dengan perasaan takut dan was-was. Sedangkan keje menakut-nakutkan orang dan mewas-waskan orang ialah keje syaitan. Penerbit filem seram di Negara kita pun nak ambil alih tugas syaitan ke?

Apa kesannya pada rakyat ialah takut dan was-was untuk mencapai kejayaan. Lihat apa terjadi pada ekonomi bangsa melayu. Ramai orang melayu yang berbakat dan boleh berjaya. Tetapi mereka sering takut dan was-was dalam melaksanakan sesuatu kerja. Persoalan “bolehkah berjaya?” atau “apa akan jadi kalau tak berjaya?” soalan-soalan sebegini sering bermain di fikiran dan minda mereka.

Tak keterlaluan warghih nyatakan disini antara sebab utama situasi ini terjadi berpunca dari mesej-mesej yang disampai menerusi filem dan drama seram yang melambak selama ini.

Ingatlah fungsi filem dan drama ialah “to educate the people”.. so do the mainstream media. Hentilah sikap tamak mengambil untung dengan merosakkan fikiran rakyat. Cubalah memainkan peranan positif untuk menanamkan semangat jatidiri, semangat berusaha bersungguh-sungguh dan yang boleh membantu mewujudkan rakyat yang progresif bukannya pasif.

Teringat warghih slogan Malaysia Boleh! yang diterapkan oleh YBhg Tun Mahathir dulu. Sememangnya slogan itu makin pudar dan tidak lagi diteruskan. Cuma digunakan bila sukan. Tetapi sebenarnya boleh digunakan disemua bidang sekalipun, malah boleh diterapkan dalam pembikinan filem.

Sunday 18 September 2011

Pembangkang ketandusan isu - kini main isu tukar bendera jika menang

Salam to all..

Selepas YAB Perdana Menteri mengumumkan ISA akan dimansuhkan, kini pakatan pembangkang sudah tiada lagi isu yang boleh dimainkan untuk menambat hati rakyat. Sememangnya dari dulu lagi pembangkang menjadikan isu ISA sebagai agenda utama perjuangan mereka.

Keputusan yang tidak disangka2 untuk menghapuskan ISA diumumkan YAB PM pada 15hb September 2011 lalu di Auditorium Perdana, Angkasapuri semasa perutusan khas beliau sempena Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Pada pandangan warghih selepas saja pengumuman bersejarah itu dibuat ramai pihak yang tersentak. Ada segelintir tidak dapat menerima keputusan itu manakala pihak pembangkang pula tergamam kerana tiada lagi isu yang boleh dimainkan lagi selepas ini. Tak boleh la nak menipu rakyat lagi... maka mereka mencari isu lain pula.

Dengan memainkan isu menukar bendera Malaysia ini jelas menunjukkan mereka kini kering idea. Sememangnya puak-puak ini tidak sayang dan tidak cintakan negara dan tanahair mereka sendiri. Lihatlah isu dimainkan mereka. Rakyat sering dikelirukan dengan fakta yang salah. Kelmarin pembangkang mengatakan Komunis adalah pejuang kemerdekaan, sedangkan semua orang tahu Komunis itu kejam, zalim dan pengkhianat negara.

Warghih berharap supaya tiada siapa yang terpengaruh dengan agenda pembangkang yang semakin hari semakin gila ini. Jika ada pihak-pihak yang cuba memainkan dakyah yang salah kepada anda eloklah jauhkan diri dan carilah sumber yang sah dari kerajaan.

Wednesday 3 August 2011

Logo Hari Kemerdekaan ke 54 Tahun 2011

Salam to all...

1st of all, warghih nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Alhamdulillah kerana Allah masih memanjangkan usia kita dan dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan Al Mubarak kali ini.

Seperti tajuk N3 diatas warghih sertakan logo sambutan kemerdekaan tahun ini yang mana sumber nya diambil dari Bahagian Istiadat Jabatan Perdana Menteri iaitu sumber yang sahih buat masa ini. Selain itu turut dirujuk ialah website Jabatan Penerangan Malaysia juga sumber yang sahih.

So, sape2 yang berminat copy sahaja logo diatas atau lawati www.istiadat.gov.my atau terus ke link ini utk meng'copy' logo.

Monday 25 July 2011

Pengagihan Bendera Malaysia Percuma Sempena Sambutan Kemerdekaan ke 54

Salam to all..

Setiapkali tiba musim Sambutan Kemerdekaan, ada segelintir pihak yang mencari-cari adakah pihak Kerajaan akan memberikan Jalur Gemilang secara percuma kepada organisasi tertentu atau orang awam.

Pada pandangan warghih jika benar seseorang itu bersemangat patriotik, orang itu mestilah sanggup berkorban nyawa dan harta demi Negara. Itu barulah seorang patriot sejati. Tapi dalam kes nak mendapatkan bendera percuma ni, lebih baiklah beli bendera tu barulah benar2 patriotik. Bukan mahal sangat punn...jangan la kedekut sangat!

Warghih tengok ramai antara kita ni semua nak free je.. Kemon la brader, dah macam-macam kerajaan bagi kepada kita semua. Pendidikan, subsidi, pembangunan.. u name it, tak terkira banyaknya kerajaan memberi kepada kita semua. Tapi bila nak tunjukkan semangat patriotik.. hampeh... Bendera pun nak mintak dari kerajaan bagi.

Sempena kemerdekaan kali ini merdeka kanlah minda kita semua dari sikap dan sifat terlalu bergantung ini. Dan berjinak-jinaklah untuk berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu. Nikmat sesuatu perkara yang diperoleh dengan cara berusaha sendiri lebih baik daripada dapat free...

* tajuk ni saje warghih kasik catchy sikit barula kene...heheheh

Tuesday 12 July 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 54

Salam to all..

Sempena Hari Kemerdekaan ke 54 kali ini, warghih telah merekabentuk banner seperti diatas. Walaupun x canggih sangat namun selaku rakyat Malaysia yang cinta kpd Negara, inisiatif ini diambil.

Warghih harapkan seluruh rakyat Malaysia bersemangat tinggi dan meningkatkan rasa cinta kepada Negara kita dalam menyambut Hari Kemerdekaan kali ini. Tunjukkan kesetiaan anda yang tidak berbelah bahagi kepada negara dengan cara yang sesuai dan kreatif.

Alhamdulillah dan syukur kerana bulan kemerdekaan kali ini jatuh pada bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bermakna kita juga Merdeka dari syaitan-syaitan kerana mereka dikurung pada bulan ini.

Monday 11 July 2011

Naruto

Salam to all...

Santai sikit harini. Warghih just nak share sedikit gambar yang berjaya dihasilkan menggunakan teknik asas photoshop iaitu eraser, gradient, pen tool dan difference.

Esok warghih cuba untuk menghasilkan gambar berbentuk kempen. Santai for today and get serious tomorrow....

Tema Hari Kemerdekaan ke 54 Tahun 2011

Salam to All dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 54 tahun ini.

Untuk makluman semua,

Tema Hari Kemerdekaan ke 54, Tahun 2011 :

1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera




Info: Jabatan Penerangan Malaysia.

Sunday 10 July 2011

Perhimpunan Haram BERSIH 2.0



Salam to All...

Alhamdulillah, hari ni 10 Julai - Perhimpunan Haram BERSIH dah berakhir. Semua menarik nafas lega kerana keadaan trafik di KL kembali normal. Sejak 8hb Julai (Jumaat) semua jalan nak masuk ke KL diadakan pemeriksaan polis.

Pada hari itu juga warghih sebagai pengguna jalan raya yang setia melalui Federal Highway menyaksikan trafik jem yang sangat teruk dari Shah Alam sampai ke Kuala Lumpur.

So bila da berakhirnya BERSIH barulah semua kembali tenang.

Apa impaknya BERSIH ni kepada Negara?? warga kota yang tidak bersalah terpaksa menelan pahit akibat kesusahan yang dialami. Perniagaan tidak dapat dijalankan, aktiviti rutin mereka terganggu dan sememangnya sangat2 menyusahkan dan merugikan. Ramai yang bekerja pada hari tersebut juga terjejas.

Manakala kepada peserta2 Perhimpunan Haram pula, ramai yang ditahan dan masuk lokap. Yang kesiannya kanak-kanak pun kena tangkap. Apa la mereka ni? Anak-anak pun dibawa ke tempat yang tidak sepatutnya.

Kesian juga warhih melihat kepada seorang peserta yang meninggal dunia semasa berdemo - Inalillah.

Tidak wajar pihak pembangkang menyalahkan polis mengakibatkan kematian tersebut. Polis hanyalah menjalankan tanggungjawab didalam memastikan keamanan dan ketenteraman awam. Manakala pihak BERSIH ini lah yang sepatutnya dipersalahkan kerana menganjurkan perhimpunan sedemikian rupa. Malah awal-awal lagi mereka telah di beri peringatan supaya tidak membuat perhimpunan haram. Lebih malang lagi nasihat SPB Yang di-Pertuan Agong tidak di endahkan puak2 ini.

Jelas dan nyata mereka sememangnya berniat utk membuat huru-hara. Bila ahli mereka mengalami kematian pihak polis dipersalahkan. Sebetulnya mereka (penganjur BERSIH) inilah yang bersalah kerana perhimpunan ini dilaksana atas kemahuan sendiri dan sikap keras kepala yang tidak mahu mendengar nasihat.

Kesimpulannya jangan salahkan pihak lain atas kesilapan sendiri. Pikirlah dan renungilah kekurangan diri sendiri sebelum menunding jari kepada orang lain.

Wednesday 6 July 2011

Laksana Secara Menyeluruh Kempen Kurangkan Beg Plastik


Salam to all..

Setiap hari Sabtu pengguna akan di caj RM 0.20 sen untuk setiap beg plastik. Kempen oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan amatlah dialu-alukan dengan matlamat menjaga kebersihan di Negara kita. Namun ianya terhad kepada pasaraya terpilih sahaja. Masih banyak kedai-kedai yang memberikan beg plastik kepada pembeli.

Walaupun usaha ke arah "Go Green" ini baru bermula namun Warghih berpendapat agar ianya perlu dilaksanakan secara menyeluruh supaya kesan yang optimum dapat dihasilkan melalui kempen ini.

Semua di kalangan rakyat bersetuju untuk menjaga bumi ini daripada pencemaran. Namun, bila dilaksanakan kempen seperti ini ramai yang mengeluh. Fenomena seperti ini adalah biasa dilihat pada peringkat awal pengenalan sesuatu kempen. Lama-lama mereka akan menerima dan mengadaptasi keadaan itu. Namun untuk mendidik rakyat ke arah usaha menjaga kebersihan ini perlu ditingkatkan 100%.

Maksudnya pelaksanaan kempen ini tidak terhad kepada hari Sabtu sahaja. Kalau boleh biarlah penggunaan beg plastik diharamkan sepenuhnya. Kita tidak mati jika tiada beg plastik. Malah beg plastik ini buruk kesannya kepada alam sekitar.

Di negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan lain-lain, mereka menggunakan beg kertas untuk menyimpan barang-barangan. Selain itu mereka membawa bakul atau raga jika ke pasar atau ke kedai. Maka hal ini perlulah dicontohi dan diimplimentasi oleh seluruh masyarakat.

Caranya? Jika ke kedai, pasar, pasaraya dan lain-lain premis untuk tujuan membeli barangan bawalah raga atau bakul sendiri untuk menyimpan barang. Jagalah alam ini dan "Say No to Plastic Bag".

Monday 4 July 2011

Shah Alam 2 - Pelaburan Bijak


Salam to all..

Warghih pada mulanya tidak sedar kewujudan Shah Alam 2 ni. Selepas meninjau ke kawasan UiTM Puncak Alam barulah warghih mengetahui wujudnya satu pembangunan baru iaitu Shah Alam 2.

Bandar ini dimajukan oleh syarikat yang reputasinya sangat terkenal iaitu IJM Land. Design-design rumah dikawasan ini sangat cantik, hebat dan up to date. Yang lebih menarik perhatian warghih ialah harga yang ditawarkan iaitu dengan RM 280,000 anda boleh memiliki sebuah rumah semi dee!

Di kawasan lembah Klang ini sememangnya jangan harap nak dapat rumah bertanah, berkeluasan luas dengan harga tersebut. Kalau boleh dapat pun rumah tersebut kemungkinan bermasalah.

Di kawasan ini terdapat pasaraya besar econsave. Dalam perancangan kini ialah pembinaan sebuah pasaraya besar Tesco. Selain itu terdapat juga restoran fast food iaitu Mc Donald, stesyen minyak dan lain-lain di sekitar Shah Alam 2.

Lokasi Shah Alam 2 yang hampir dengan UiTM Puncak Alam menjadikan rumah di kawasan ini top selling. Baru-baru ini IJM Land membuat penjualan rumah semi dee iaitu Carmitta namun x sampai berapa bulan sold out. Kemudian IJM Land merancang membina semi dee iaitu jenis Amanda. Belum pun lagi membina showhouse Amanda juga sudah habis macam goreng pisang.

So apa yang dapat di kenalpasti ialah rumah di kawasan ini menjadi pilihan ramai malah yang ada yang bekerja di Kuala Lumpur, Subang pun memilih untuk membeli di kawasan ini mungkin kerana tempat ini aman, bersih dan tenang.

Selain itu semenjak UiTM beroperasi di kawasan ini, nilai sewa rumah semakin meningkat kepada RM 1000 lebih bagi rumah teres. Lebih memudahkan penyewa yang rata-ratanya student UiTM ialah perkhidmatan bas rapidkl juga dilihat melalui jalan ini.

Warghih mendengar rumours bahawa UiTM Puncak Alam akan menerima lebih 40,000 pelajar selepas ini. Sekiranya ianya berlaku, maka bermakna kemeriahan Shah Alam seperti di Seksyen 7 dan Seksyen 2 akan wujud di kawasan ini. Lebih bagus ialah peluang-peluang perniagaan akan wujud macam cendawan tumbuh selepas hujan. Kerana permintaan yang tinggi terhadap produk dan perkhidmatan akan muncul di sini selain dari peluang pekerjaan.

Terlewat membeli hartanah - suatu kerugian

Salam to all...

Pemilikan hartanah hari ini suatu perkara yang perlu diutamakan memandangkan harga hartanah yang kian meningkat hari ini. Warghih dulu banyak kali melepas untuk membeli rumah iaitu di Shah Alam dan Seremban. Harga pada masa itu jika dibanding dengan harga hari ini nilainya naik 2 kali ganda. Sedangkan baru saja 3 tahun berlalu.

Apa yang boleh disimpulkan disini ialah harga hartanah hari ini meningkat dengan berlipat kali ganda dalam jangkamasa yang singkat (permainan pemaju). Jika kita masih lagi ragu-ragu atau dengan bahasa kasarnya terhegeh-hegeh dalam memilih nak beli atau tidak, jawabnya kita akan melepas. Dan lebih malang lagi mungkin kita tidak akan berkemampuan langsung untuk membeli hartanah yang lebih baik.

Contohnya hari ini harga sebuah rumah teres 22'x70' ialah RM 300,000. Mungkin kita mampu membelinya. Tetapi kita ragu-ragu dan mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Dalam jangkamasa 2 tahun atau 3 tahun lagi harganya naik menjadi hampir sekali ganda iaitu kepada RM 450,000 atau RM 500,000. Pada masa itu kita sememangnya tidak mampu lagi. Akhirnya dengan harga RM 300k pada ketika itu hanya dapat membeli sebuah rumah pangsapuri.

Namun begitu sebelum membeli beberapa perkara haruslah diambil kira. Antaranya ialah :-

1) Kredibiliti dan rekod Pemaju - hal ini perlu diselidiki dengan teliti dan membuat study berkaitannya. Contohnya pemaju T*l*m Corporation merupakan pemaju yang sangat terkenal dengan permasalahan. Maka sebagai pengguna bijak, elakkan membeli dari pemaju yang mempunyai rekod buruk.

2) Potensi Kemajuan/Pembanggunan Kawasan pada masa akan datang. Hal ini dapat diselidiki dengan melihat pembanggunan fizikal di kawasan tersebut atau mendapatkan maklumat rancangan sesuatu pembangunan di kawasan berkenaan.

3) Kemampuan Pembeli. Ini merupakan suatu perkara pokok yang perlu diambil kira, kerana bak kata pepatah "Ukur baju badan sendiri" yang bermaksud melihat kepada kemampuan kita bersesuaian dengan belanja akan dibuat.

Sememangnya mengutamakan membeli hartanah pada peringkat awal merupakan suatu usaha yang bijak dan tidak merugikan.

Beri peluang generasi ke3 menyimpan dalam Koperasi Permodalan FELDA (KPF)

Salam to all...

Koperasi Permodalan FELDA (KPF) merupakan salah satu Koperasi yang sangat kompetitif dalam pemberian dividen kepada ahlinya. Pada tahun-tahun yang lepas tidak kurang dari 11% dividen diberikan. Mereka yang layak menyertai KPF ini hanyalah peneroka felda dan anak peneroka (generasi ke 2), kakitgn FELDA dan isteri, dan beberapa pihak yang berkenaan.

Kita semua maklum hari ini peneroka (generasi pertama) dan generasi kedua telah pun terbela nasib mereka dengan pelbagai insentif FELDA. Syabas kepada FELDA dan ini menjadi kebanggaan negara dan banyak negara luar menjadikan FELDA sebagai model untuk dilaksanakan di negara mereka.

Namun, bagaimana pula dengan generasi ke 3 dan generasi ke 4? Memang benar ramai modal insan yang berjaya lahir dari FELDA. Namun, bagaimana dengan yang lain? Untuk mewujudkan rancangan FELDA yang baru hari ini bagi membantu generasi ke 3 dan ke 4 adalah mustahil di mana masalah tanah yang sangat terhad.

Warghih berpendapat generasi yang kurang bernasib baik/ generasi ke 3 dan ke 4 ini boleh dibantu dengan memberikan peluang kepada mereka melabur di dalam KPF. Warghih percaya, jika peluang ini diberikan kepada generasi ke 3 dan ke 4, mereka boleh menaikkan taraf hidup mereka dan ini boleh membantu ke arah mewujudkan rakyat yang berpendapatan tinggi.

Kita perlu mengkaji dan meniru negara Singapura di mana rakyat mereka ramai yang telah bergelar jutawan. Jika Malaysia berjaya mewujudkan ramai rakyat yang berpendapatan tinggi, maka Wawasan 2020 untuk menjadi Negara Maju adalah sangat bermakna.

Selain itu rasionalnya memberi peluang kpd generasi ke 3 dan ke 4 melabur dlm KPF dapat membantu golongan ini. Jika dibanding dengan generasi pertama dan ke 2, mereka ini ramai yang telah berjaya dan hidup mereka telah mencapai kejayaan. Ramai juga antara mereka telah meninggal dunia. Jadi manfaat KPF ini perlu dipanjangkan kepada generasi baru supaya momentum kejayaan itu dapat dikekalkan dan terus memberi manfaat.

Warghih terkenangkan jasa Allahyarham Tun Abdul Razak yang benar-benar membantu rakyat hingga hari ini hasilnya dapat dilihat....

Wednesday 29 June 2011

Skim Rumah Pertamaku inisiatif Kerajaan bantu Rakyat

Salam to all..

Kerajaan hari ini dilihat komited dalam menggalakkan rakyat terutamanya golongan muda didalam pemilikan hartanah. Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini merupakan langkah tepat kerajaan didalam membantu rakyat memiliki rumah pertama mereka dengan cepat.

Warghih melihat hal ini merupakan bukti keprihatinan kerajaan didalam membantu rakyat supaya mampu membeli rumah dalam suasana kos sara hidup dan kos hartanah yang semakin tinggi hari ini. Tanpa dasar ini rakyat tidak boleh membeli hartanah kerana harga yang tersangat mahal dan diluar kemampuan mereka. Namun, menerusi dasar ini golongan muda berpendapatan RM3000 kebawah boleh membeli rumah berharga RM100,000 hingga RM 220,000.

Kerajaan sememangnya selalu membantu rakyat terutamanya kaum bumiputera dalam memastikan mereka terbela didalam persaingan yang sangat hebat hari ini. Pelbagai usaha telah dijalankan, tetapi kaum bumiputera masih ke belakang. Warghih berpendapat, kaum bumiputera haruslah sedar dan berusaha memajukan diri dan membela nasib mereka. Ini dapat dilakukan dengan mengambil dan memanfaatkan semua peluang-peluang yang telah diberikan kerajaan.

Peluang-peluang tersebut begitu banyak. "U name it", bak kata orang putih. Peluang menjana pendapatan, peluang pelaburan, pemilikan hartanah, pendidikan dan bermacam-macam bantuan. Warghih percaya ada pihak tertentu cemburu dengan bantuan2 ini, kerana mereka tidak berpeluang seperti kita. Tetapi orang kita ni pulak tak nak rebut pun peluang didepan mata...

Skim Rumah Pertamaku ini salah satu peluang dan bantuan kerajaan yang baru saja diperkenalkan. Warghih berharap semua pihak dapat memanfaatkannya dan yang paling penting bersyukurlah kepada tuhan dan BERTERIMA KASIHLAH dan SOKONGLAH Kerajaan.

* nota kaki : skim ini untuk swasta saje. Penjawat awam loan gomen da provide...

Penggunaan Lampu LED jimat 50%

Salam to all..

Masih ingat lagi LED atau Light Emitting Diode ataupun Diod Pemancar Cahaya yang pernah dipelajari semasa sekolah menengah dulu?

Rupa-rupanya dengan menggunakan lampu LED mampu menjimatkan perbelanjaan bagi pembayaran bil elektrik. Warghih terbaca satu laporan di akhbar yang menyatakan sedemikian. Kini kerajaan menerusi Kementerian Kerja Raya sedang melaksanakan pemasangan lampu LED di 3 buah lokasi iaitu MRR2, Lebuhraya Persekutuan dan di Lapangan Terbang di Subang.

Menurut Menteri Kerja Raya iaitu Datuk Shaziman Mansor, dengan penggunaan lampu LED berkenaan kerajaan mampu berjimat sebanyak 50% yakni RM 13 juta setahun dari jumlah RM 26 juta.

Komen Warghih ialah 2 thumbs up n tahniah kerana ini merupakan kejayaan kerajaan didalam mengimplimentasikan teknologi hijau yang mesra alam dimana dapat mengurangkan sebanyak 40% penggunaan karbon. Dalam masa yang sama dapat menguntungkan kerajaan.

Kalau macam tuh boleh kita semua implimentasi teknologi hijau ni di rumah masing2. Selain dapat berjimat dapat juga memelihara alam sekitar.

Tuesday 28 June 2011

Perhimpunan Haram Merugikan Negara

Salam to all...


Tinggal lagi beberapa hari untuk berlakunya Perimpunan HARAM di KL. Semua sedia maklum, siapa yang mendalangi perhimpunan haram ini.


Warghih kesiankan kepada peniaga-peniaga, pemandu teksi dan semua yang bekerja di KL pada hari tersebut kerana rezeki/periuk nasi mereka akan terjejas berikutan huru-hara yang didokongi puak2 bangang ini.


Semenjak DS Najib mengambil alih pimpinan negara daripada Tun Abdullah, beliau terpaksa berusaha keras dan bersusah payah bagi memulihkan ekonomi negara yang terjejas pada ketika itu. Kenapa ekonomi terjejas?? Kerana hasil kerja Puak- puak Pembangang aka Pembangkang yang memburukkan nama Malaysia dengan menganjurkan Bersih dan Hindraf pada tahun 2007.


Antara yang bakal mengalami kesan buruk perhimpunan ini ialah industri pelancongan dimana pelancong asing tidak berani datang ke Malaysia pada waktu berkenaan. Menteri Pelancongan DS Ng Yen Yen menyatakan kerugian yang bakal dialami dalam industri berkenaan dianggarkan sebanyak RM 1 bilion!!.


Bayangkan hanya kerana perhimpunan haram sehari saje boleh mengakibatkan kerugian yang begitu banyak.


Warghih melihat penaja perhimpunan ni tetap berkeras untuk meneruskan usaha jahat mereka. Maka jelas dan nyata mereka ini bukanlah orang yang inginkan kemakmuran negara dan bekerja kearah kejayaan negara. Mereka ini hanyalah pelampau dan pengacau yang suka memecahbelahkan masyarakat dan menghancurkan negara ini..


Puak-puak pelampau dan pengacau ni sepatutnya dibuang ke laut dan rakyat yang cintakan negara ini perlu menjauhkan diri dari propaganda jahat mereka...

Monday 27 June 2011

kempen memboikot astro perlu diteruskan



Salam to all..


Heboh diperkatakan siaran tv berbayar astro akan menaikkan bil mulai 11 Julai ini. Sebagai salah seorang pelanggan Astro, warghih sangat tidak bersetuju dengan tindakan Astro menaikkan harga.

Warghih melihat Astro kini seolah-olah sombong dan angkuh apabila menaikkan bil dengan sewenang-wenangnya. Kerana Astro satu-satunya siaran TV satelit di Malaysia dan mempunyai ramai subsciber - lebih 3 juta orang, maka mungkin kerana tiada persaingan mereka pun menaikkan harga sesuka hati.


Baru-baru ini satu kempen memboikot Astro telah dilancarkan oleh lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Antaranya ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Seruan mereka ialah tidak membuat pembayaran bil Astro selama tiga bulan berturut-turut. Selain itu kempen memboikot berkenaan turut memboikot barangan dan produk pengiklan di Astro!!

Kenapa produk/barangan pengiklan turut diboikot? Tujuannya ialah pengiklan akan mengalami kerugian terhadap pelaburan iklan mereka di Astro, apabila kita memboikot produk tersebut syarikat/pengiklan akan mengkaji rasional mereka mengiklan di Astro dan mungkin menarik balik pengiklanan mereka.


Kesannya Astro akan mengalami kerugian. Dan ini merupakan hasil strong message pelanggan2 Astro yang memboikot.


Kata-kata Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak pada pelancaran kempen boleh dijadikan renungan...


"Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri. Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit".....

umur pencen dilanjutkan ke 60 tahun?




Cerita nak lanjutkan umur pencen penjawat awam kpd 60 tahun dah diura-urakan sejak tahun lepas. Kenapa nak lanjut kpd umur 60? tentulah pihak yang berkenaan ada tujuan dan rasionalnya disebalik cadangan tersebut.

Sesetengah pihak menyambut baik cadangan ini, dan ramai juga yang x bersetuju. Yang bersetuju mungkin disebabkan masih ada keperluan kewangan yang perlu di penuhi, anak masih belajar, mungkin ada perancangan untuk kenaikan pangkat yang lebih tinggi atau masih seronok bekerja.

Yang x bersetuju ada alasan mereka sendiri seperti ingin berehat, beri peluang kepada fresh graduate atau golongan muda yang berminat dan bermacam-macam lagi.

Warghih berpendapat hal ini ada pro dan con dimana ada manfaatnya kepada golongan yang memerlukan. Namun warghih berharap agar penjawat awam diberi kebebasan untuk memilih pencen pada umur yang dikehendaki sekiranya cadangan itu dilaksanakan.

Thursday 20 January 2011

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2011

Salam to all.

Di kesempatan ini warghih kongsikan bersama maklumat jadual gaji kakitangan awam untuk semua. Disalin dari blog ibnurajab.

Selamat merancang perbelanjaan anda.




nuffnang