Powered By Blogger

nuffnang

Tuesday 4 October 2011

Filem Seram Perosak Minda Rakyat



Salam to all..

Selepas Tun Mahathir menegur mengenai lambakan filem seram, kini pelbagai pihak terkejut dan menunding jari sana dan sini…

Warghih terpanggil untuk menghentam penerbit2 filem seram yang tak rase bersalah langsung dengan tindakan mereka yang terus-menerus menghasil dan menayangkan filem-filem dan drama-drama seram. Malah filem seram yang baru keluar mutakhir ini turut menghina Rasullah SAW dan umat islam seluruhnya..nauzubillah.

Rakyat hari ini terbantut fikiran dan mindanya dengan filem dan drama seram. Kenapa warghih cakap begini? Kerana cerita seram ini sememangnya tidak membantu mengerak minda rakyat untuk berfikir dan bertindak secara positif.

Kita lihat filem atau drama Jepun. Malah didalam penghasilan anime dan manga juga diterapkan aspek positif iaitu semangat berusaha dan tidak berputus asa didalam melakukan sesuatu kerja. Mana-mana filem Jepun pun menegaskan sekiranya berusaha dengan gigih maka akan mendapat hasil yang memberangsangkan malah mendapat hasil yang luar biasa.

Kesannya, kita lihat Jepun mencapai berbagai-bagai kejayaan dan menguasai serta mendahului aspek teknologi dan ekonomi. Malah Jepun berjaya mencapai status Negara maju walaupun Negara mereka pernah hancur akibat ledakan bom atom dan tsunami & bencana alam.

Balik semula kepada Negara yang kita cintai ini, rakyat kita sering dimomokan dengan Momok melalui filem dan drama. Sering ditanamkan dengan perasaan takut dan was-was. Sedangkan keje menakut-nakutkan orang dan mewas-waskan orang ialah keje syaitan. Penerbit filem seram di Negara kita pun nak ambil alih tugas syaitan ke?

Apa kesannya pada rakyat ialah takut dan was-was untuk mencapai kejayaan. Lihat apa terjadi pada ekonomi bangsa melayu. Ramai orang melayu yang berbakat dan boleh berjaya. Tetapi mereka sering takut dan was-was dalam melaksanakan sesuatu kerja. Persoalan “bolehkah berjaya?” atau “apa akan jadi kalau tak berjaya?” soalan-soalan sebegini sering bermain di fikiran dan minda mereka.

Tak keterlaluan warghih nyatakan disini antara sebab utama situasi ini terjadi berpunca dari mesej-mesej yang disampai menerusi filem dan drama seram yang melambak selama ini.

Ingatlah fungsi filem dan drama ialah “to educate the people”.. so do the mainstream media. Hentilah sikap tamak mengambil untung dengan merosakkan fikiran rakyat. Cubalah memainkan peranan positif untuk menanamkan semangat jatidiri, semangat berusaha bersungguh-sungguh dan yang boleh membantu mewujudkan rakyat yang progresif bukannya pasif.

Teringat warghih slogan Malaysia Boleh! yang diterapkan oleh YBhg Tun Mahathir dulu. Sememangnya slogan itu makin pudar dan tidak lagi diteruskan. Cuma digunakan bila sukan. Tetapi sebenarnya boleh digunakan disemua bidang sekalipun, malah boleh diterapkan dalam pembikinan filem.

No comments:

Post a Comment

nuffnang