Powered By Blogger

nuffnang

Sunday 18 September 2011

Pembangkang ketandusan isu - kini main isu tukar bendera jika menang

Salam to all..

Selepas YAB Perdana Menteri mengumumkan ISA akan dimansuhkan, kini pakatan pembangkang sudah tiada lagi isu yang boleh dimainkan untuk menambat hati rakyat. Sememangnya dari dulu lagi pembangkang menjadikan isu ISA sebagai agenda utama perjuangan mereka.

Keputusan yang tidak disangka2 untuk menghapuskan ISA diumumkan YAB PM pada 15hb September 2011 lalu di Auditorium Perdana, Angkasapuri semasa perutusan khas beliau sempena Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Pada pandangan warghih selepas saja pengumuman bersejarah itu dibuat ramai pihak yang tersentak. Ada segelintir tidak dapat menerima keputusan itu manakala pihak pembangkang pula tergamam kerana tiada lagi isu yang boleh dimainkan lagi selepas ini. Tak boleh la nak menipu rakyat lagi... maka mereka mencari isu lain pula.

Dengan memainkan isu menukar bendera Malaysia ini jelas menunjukkan mereka kini kering idea. Sememangnya puak-puak ini tidak sayang dan tidak cintakan negara dan tanahair mereka sendiri. Lihatlah isu dimainkan mereka. Rakyat sering dikelirukan dengan fakta yang salah. Kelmarin pembangkang mengatakan Komunis adalah pejuang kemerdekaan, sedangkan semua orang tahu Komunis itu kejam, zalim dan pengkhianat negara.

Warghih berharap supaya tiada siapa yang terpengaruh dengan agenda pembangkang yang semakin hari semakin gila ini. Jika ada pihak-pihak yang cuba memainkan dakyah yang salah kepada anda eloklah jauhkan diri dan carilah sumber yang sah dari kerajaan.

nuffnang