Powered By Blogger

nuffnang

Tuesday 27 April 2010

The Verve - Sonnet lyrics

My friend and me
Looking through her red box of memories
Faded I'm sure
But love seems to stick in her veins you know
Yes, there's love if you want it
Don't sound like no sonnet,
my lord
Yes, there's love if you want it
Don't sound like no sonnet, my lord
My lord
Why can't you see
That nature has its way of warning me
Eyes open wide
Looking at the heavens with a tear in my eye
Yes, there's love if you want it
Don't sound like no sonnet, my lord
Yes, there's love if you want it
Don't sound like no sonnet,
my lord
My lord
Sinking fast within a boat without a hull
My lord
Dreaming about the day when I can see you there
My side
By my side
Here we go again and my head is gone,
my lord
I stop to say hello 'Cause I think you should know by now
By now
By now
By now
By now
By now
Oh, by now
Oh, by now
Oh, by now
Oh, by now

Sunday 25 April 2010

Tahniah dan Syabas atas Kemenangan Barisan Nasional di Hulu Selangor

Warghih amat gembira di atas kemenangan BN bagi PRK Hulu Selangor semalam (25 April 2010). Kemenangan calon MIC - P Kamalanathan, membuktikan penerimaan semula rakyat/pengundi di Hulu Selangor terhadap BN.
Apapun, Warghih juga berasa bangga di atas semangat dan kegigihan rakan-rakan warghih yang bertungkus-lumus memenangkan BN di sana. Kepada mereka warghih ucapkan tahniah dan syabas.
Kemenangan ini amat bermakna kpd BN sebagaimana yang di beritahu oleh YAB Perdana Menteri. Ini membuktikan rakyat kini mula menyokong kerajaan di atas dasar-dasar kerajaan yang kini di lihat tidak mengenepikan rakyat. Contohnya di dalam melaksanakan GST (Government Service Tax), pihak kerajaan tidak terburu-buru melaksanakannya dan memberi kefahaman menyeluruh agar rakyat faham mengenainya. Begitu juga di dalam hal-hal berkaitan subsidi kepada rakyat.
Majoriti kemenangan BN juga meningkat iaitu sebanyak 1725 undi, bermakna lebih tinggi dari majoriti yang diperolehi pembangkang pada PRU yang lalu. Dari perangkaan ini kita dapat melihat bahawa sokongan rakyat terhadap BN telah pulih. Dan sokongan mereka terhadap pembangkang kian pudar. Ini merupakan satu isyarat yang jelas dari pengundi bahawa BN adalah satu-satunya parti yang di perlukan / di harapkan dalam membawa suara rakyat dan satu-satunya parti yang menjaga kebajikan rakyat.
Pengundi telah menilai selama 2 tahun pemerintahan PR di Selangor ; tiada apa-apa perubahan yang jelas di dalam pembanggunan di negeri. Mereka juga melihat bahawa PR hanyalah asyik melakukan ceramah sahaja tetapi tidak mampu mengotakan janji-janji mereka.
Dengan keputusan PRK di Hulu Selangor, dapat di simpulkan bahawa PR kini hilang bisanya dan PRU ke 13 ini bakal menyaksikan ketewasan PR di Selangor.

Travis - Turn

I want to see what people saw
I want to feel like I felt before
I'd like to see the kingdom come
I want to feel forever young
I want to sing
To sing my song
I want to live in a world where I belong
I want to live
I will survive
And I believe that it won't be very long
If we turn, turn, turn, turn, turn
Then we might learn
So where's the stars?
Up in the sky
And what's the moon?
A big balloon
We'll never know unless we grow
There's so much world outside the door
I want to sing
To sing my song
I want to live in a world where I'll be strong
I want to live
I will survive
And I believe that it won't be very long
If we turn, turn, turn, turn, turn
And if we turn, turn, turn, turn
Then we might learn
Turn, turn, turn, turn
Turn, turn, turn
And if we turn, turn, turn, turn
Then we might learn
Learn to turn

Friday 16 April 2010

DARAH BABI DALAM ROKOK????

salam to all,

warghih baru-baru ni dapat maklumat untuk tatapan semua perokok di dunia , terutamanya yang beragama Islam....cuba baca post warghih ni dengan tenang dulu ye....

melalui kajian salah seorang professor di Universiti di luar negara, beliau berjaya menemui DARAH BABI dalam rokok....darah babi ini digunakan sebagai penapis supaya ia boleh menapis bahan-bahan toksik daripada memasuki peparu perokok lah...kononnya kalau guna darah binatang ni, ia lagi bagus dan cekap dalam bab tapis-menapis...

selama ini, pengusaha perokok pernah dedahkan bahan-bahan yang terkandung dalam rokok....tapi, dari segi zahirnya saje lah..dengan satu lagi iaitu 'bahan proses'...secara samar...rupa-rupanya, bahan proses ini mengandungi darah babi...entah darah ape lagi,tak tahulah....allahuallam...bagus juga professor luar negara ini...at least, orang yang merokok terutamanya umat Islam sedar akan perkara ini....

warghih berharap agar semua pembaca blog terutamanya yang beragama Islam mengambil ikhtibar dari berita ini....dan, INI BUKAN REKAAN SEMATA-MATA....IANYA BENAR...

TERPULANGLAH KEPADA PEROKOK UNTUK MENILAI.... ROKOK UNTUK KESERONOKAN DUNIA atau ISLAM UNTUK KEBAHAGIAAN AKHIRAT......

Thursday 15 April 2010

engine gsr 4g93 n/a untuk dijual


Salam to all.


Warghih ingin menjual enjin 4g93 n/a (gsr)

- condition terbaik

- throttle body turbo


dan Gearbox LSD Full Lock


RM 5000.00 nett

Wednesday 14 April 2010

Apo yang menarik di Jolobak Jolobu

Teringat warghih ketika bertugas di Jolobu maghin.
Apa yang menarik di Jelebu? Sapa-sapa pergi Jelebu boleh cari bende yang menarik seperti :-
1) Kuih Seroja - Kat Kampung Peradong xsilap warghih. Warghih dimaklumkan oleh orang
kampung bahawa kuih ni memang dihasilkan di kampung ini sahaja. memang rare, sodap eh menjilat jari.
2) Rotan - warghih x ingat kat mana nak cari perabot rotan kat situ, tapi memang jolobu ni
banyak rotan dan ada satu kilang yang memotong rotan yang diambil kawasan berhampiran. Kilang ni terletak di jalan yang menuju ke Genting Peras.
3) Hasil perabot - boleh di dapati dari Pusat Pemulihan Akidah Jelebu
4) Durian - warghih ingat lagi musim durian kat Jelebu memang heaven. Nak durian kampung
yang best boleh pegi kat Kampung Ulu Jelebu.
5) Nenas Sarawak - Nenas Sarawak yang ditanam kat Pekan Titi memang menjadi. Ini kerana
tanah kat Jolobu ni subur. Nenas Sarawak yang ditanam kat sini besar-besar dan manis buahnya.
6) Air Terjun Jeram Toi - mandi kat sini lagi best dari mandi kat air terjun Ulu Bendol. Air
terjun kat sini 4 tingkat. off course memang sojuk mongigil...
7) Air Janda Pulang - sapa-sapa yang ingin mencuba air janda pulang boleh la mengordernya di
kedai Mak Long atau kedai di sebelah Maybank Kuala Klawang. Air janda pulang ni memang rare dan x ramai orang tau.
8) Mee Bandung Muar - Warghih pernah makan mee bandung Muar kat sini lagi sodap dari mee
bandung yang kat Muar tu. Kodai makcik ni terletak disebelah kanan dari arah Seremban sebelum petronas dekat simpang tiga.
9) Air Terjun Lata Kijang - nak pegi tempat ni adventure sikit. kena naik 4x4. nak menginap kat
situ leh tanya kat Majlis Daerah Jelebu.
10) Muzium Adat - For your information, Muzium Adat ni lagi canggih dari Muzium Negara.
Nak masuk kena basuh kaki dulu, tapi bukan pakai air...nak tau pegila kenalah pegi.
Banyak lagi yang menarik warghih akan tulis mengenainya bila ada masa nanti.

Aduan Terhadap Mahkamah Syariah

Salam to all.

Dari dulu lagi kita dihidangkan dengan berita atau aduan mengenai kes-kes di Mahkamah Syariah. Ada pasangan yang dah bercerai bertahun-tahun, tapi kes belum selesai. Ada juga yang membuat tuntutan melalui mahkamah syariah dan banyak lagi masalah-masalah.
Di dalam laporan Berita Harian baru-baru ini, DYMM Sultan Selangor telah mengesa agar Hakim Syarie tidak melengah-lengahkan prosiding. Di dalam laporan yang terdahulu juga iaitu pada tahun 2002, Ketua Hakim Syarie pada ketika itu ada menyebut mengenai Majlis SULH akan menyelesaikan masalah tertangguh.
Namun hari ini masalah itu masih ada dan menghantui orang ramai.
Apa yang Warghih fahami, Majlis SULH tidak akan berjaya apabila pihak-pihak bertikai ini tidak mempunyai satu persetujuan bersama. Maknanya sebelum mereka masuk ke Majlis SULH, mereka hendaklah berbincang dan mencapai kata sepakat serta keputusan itu mestilah muktamad iaitu yang membawa kebaikan, keadilan bagi kedua-dua belah pihak.
Sekiranya pergi ke Majlis SULH tanpa kata sepakat atau masih ada perkara yang masih belum puas hati, alamatnya Majlis SULH tidak akan berjaya dan kes akan dibawa ke Mahkamah.
Lebih memburukkan keadaan, ramai yang tidak faham dengan proses mahkamah. Apabila satu-satu keputusan yang diputuskan hakim, mereka tidak bersetuju kerana tidak memahami proses dan sbgnya mengakibatkan mereka tidak begitu ambil berat dan tidak ambil kisah. Akhirnya diri yang merana.
Namun demikian, bagi sesiapa yang ingin membuat aduan atas kesulitan yang dihadapi berkaitan kes atau sebagainya, mereka boleh membuat aduan kepada di alamat yang tertera dibawah :-
Ketua Pengarah,
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia,
Aras 2 & 3, Blok D7, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62677 Putrajaya Tel:603-8886 4800 Faks:603-8889 1627

Tuesday 13 April 2010

Permohonan Perkahwinan Melalui Mahkamah Syariah

Salam to all.
Harini warghih nak muatkan sedikit info yang mungkin berguna kepada sesiapa yang memerlukan. Iaitu mengenai permohonan perkahwinan melalui mahkamah syariah.

........Mengikut Undang-undang Keluarga Islam yang sedang berkuatkuasa di semua negeri di Malaysia, permohonan kebenaran berkahwin hendaklah memohon melalui pejabat pendaftaran nikah, cerai rujuk di mana tempat perempuan itu bermastautin.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kes yang perlu dirujuk oleh pendaftar nikah kepada Mahkamah Syariah untuk tindakan hakim syarie bagi mengeluarkan kebenaran berkahwin.
Kes-kes tersebut ialah :

1. Permohonan lelaki dibawah 18 tahun dan perempuan dibawah umur 16 tahun.

2. Permohonan seseorang perempuan janda iaitu perkahwinan oleh seorang perempuan yang mendakwa telah bercerai sebelum disetubuhi suaminya.

3. Permohonan perkahwinan wali hakim:
  • Tiada wali yang sah dari nasab
  • Wali ghaib;
  • Saudara baru atau Muallaf
  • Anak yang tak sah taraf
  • Wali enggan
  • Wali dalam ihram/umrah; dan
  • Wali yang tak dapat dihubungi atas sebab darurat

4. Permohonan Poligami

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Syariah di tempat permohon itu bermastautin. Dokumen-dokuman yang diperlukan bagi permohonan adalah seperti berikut :

  • Notis Permohonan
  • Afidavit sokongan
  • Eksibit-eksibit seperti salinan kad pengenalan, sijil memeluk islam, borang perkahwinan bagi lelaki dan lain-lain dokumen yang berkaitan
  • Surat sokongan dari pendaftar nikah
  • Fi yang secukupnya
  • Wakalah peguam syarie bagi yang menggunakan khidmat peguam syarie..........

Dengan maklumat di atas warghih harap ianya membantu kpd sesiapa yg memerlukan. Kalau ada yang tak faham bolehlah pergi ke Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas.

Sekian.

nuffnang