Powered By Blogger

nuffnang

Wednesday 14 April 2010

Apo yang menarik di Jolobak Jolobu

Teringat warghih ketika bertugas di Jolobu maghin.
Apa yang menarik di Jelebu? Sapa-sapa pergi Jelebu boleh cari bende yang menarik seperti :-
1) Kuih Seroja - Kat Kampung Peradong xsilap warghih. Warghih dimaklumkan oleh orang
kampung bahawa kuih ni memang dihasilkan di kampung ini sahaja. memang rare, sodap eh menjilat jari.
2) Rotan - warghih x ingat kat mana nak cari perabot rotan kat situ, tapi memang jolobu ni
banyak rotan dan ada satu kilang yang memotong rotan yang diambil kawasan berhampiran. Kilang ni terletak di jalan yang menuju ke Genting Peras.
3) Hasil perabot - boleh di dapati dari Pusat Pemulihan Akidah Jelebu
4) Durian - warghih ingat lagi musim durian kat Jelebu memang heaven. Nak durian kampung
yang best boleh pegi kat Kampung Ulu Jelebu.
5) Nenas Sarawak - Nenas Sarawak yang ditanam kat Pekan Titi memang menjadi. Ini kerana
tanah kat Jolobu ni subur. Nenas Sarawak yang ditanam kat sini besar-besar dan manis buahnya.
6) Air Terjun Jeram Toi - mandi kat sini lagi best dari mandi kat air terjun Ulu Bendol. Air
terjun kat sini 4 tingkat. off course memang sojuk mongigil...
7) Air Janda Pulang - sapa-sapa yang ingin mencuba air janda pulang boleh la mengordernya di
kedai Mak Long atau kedai di sebelah Maybank Kuala Klawang. Air janda pulang ni memang rare dan x ramai orang tau.
8) Mee Bandung Muar - Warghih pernah makan mee bandung Muar kat sini lagi sodap dari mee
bandung yang kat Muar tu. Kodai makcik ni terletak disebelah kanan dari arah Seremban sebelum petronas dekat simpang tiga.
9) Air Terjun Lata Kijang - nak pegi tempat ni adventure sikit. kena naik 4x4. nak menginap kat
situ leh tanya kat Majlis Daerah Jelebu.
10) Muzium Adat - For your information, Muzium Adat ni lagi canggih dari Muzium Negara.
Nak masuk kena basuh kaki dulu, tapi bukan pakai air...nak tau pegila kenalah pegi.
Banyak lagi yang menarik warghih akan tulis mengenainya bila ada masa nanti.

No comments:

Post a Comment

nuffnang