Powered By Blogger

nuffnang

Tuesday 13 April 2010

Permohonan Perkahwinan Melalui Mahkamah Syariah

Salam to all.
Harini warghih nak muatkan sedikit info yang mungkin berguna kepada sesiapa yang memerlukan. Iaitu mengenai permohonan perkahwinan melalui mahkamah syariah.

........Mengikut Undang-undang Keluarga Islam yang sedang berkuatkuasa di semua negeri di Malaysia, permohonan kebenaran berkahwin hendaklah memohon melalui pejabat pendaftaran nikah, cerai rujuk di mana tempat perempuan itu bermastautin.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kes yang perlu dirujuk oleh pendaftar nikah kepada Mahkamah Syariah untuk tindakan hakim syarie bagi mengeluarkan kebenaran berkahwin.
Kes-kes tersebut ialah :

1. Permohonan lelaki dibawah 18 tahun dan perempuan dibawah umur 16 tahun.

2. Permohonan seseorang perempuan janda iaitu perkahwinan oleh seorang perempuan yang mendakwa telah bercerai sebelum disetubuhi suaminya.

3. Permohonan perkahwinan wali hakim:
  • Tiada wali yang sah dari nasab
  • Wali ghaib;
  • Saudara baru atau Muallaf
  • Anak yang tak sah taraf
  • Wali enggan
  • Wali dalam ihram/umrah; dan
  • Wali yang tak dapat dihubungi atas sebab darurat

4. Permohonan Poligami

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Syariah di tempat permohon itu bermastautin. Dokumen-dokuman yang diperlukan bagi permohonan adalah seperti berikut :

  • Notis Permohonan
  • Afidavit sokongan
  • Eksibit-eksibit seperti salinan kad pengenalan, sijil memeluk islam, borang perkahwinan bagi lelaki dan lain-lain dokumen yang berkaitan
  • Surat sokongan dari pendaftar nikah
  • Fi yang secukupnya
  • Wakalah peguam syarie bagi yang menggunakan khidmat peguam syarie..........

Dengan maklumat di atas warghih harap ianya membantu kpd sesiapa yg memerlukan. Kalau ada yang tak faham bolehlah pergi ke Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

nuffnang