Powered By Blogger

nuffnang

Tuesday 23 March 2010

sambung belajar

Dah lama warghih tidak menulis di blog. Jadi kebetulan warghih baca blog ni eloklah warghih dapat tulis sedikit apa yang terasa nak tulis..


Dulu warghih kurang memikirkan perancangan masa depan dengan serius. Mungkin sibuk sangat atau dah berpuas hati dengan apa yang ada..


Namun sejak berpindah ke tempat baru, warghih melihat kesibukan di bandar dan kekayaan di bandar dan juga kos sara hidup di bandar memang tinggi, maka mahu tak mahu warghih perlu memikirkan cara memajukan diri.


Antara tindakan yang mungkin warghih ambil ialah sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Warghih cuma ada Diploma dan bila warghih tengok adik-beradik warghih berlumba-lumba melanjutkan pelajaran, juga rakan-rakan warghih semuanya hampir tamat pengajiannya, maka warghih tidak boleh ketinggalan juga.


Ada kebenarannya bila seseorang menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi seperti Ijazah, Ijazah Sarjana dan PhD, kita dapat melihat bahawa setiap tahap itu memang membawa kesan kepada pemikiran dan kematangan seseorang pelajar itu. Contohnya, suasana dan keperluan semasa diploma dulu tidak begitu ketat dan ada ruang untuk bermain-main. Tetapi apabila di peringkat Ijazah atau Ijazah Sarjana atau PhD, keperluan keilmuan yang hendak dicapai atau dipelajari amatlah tinggi dan ini secara tidak langsung mematangkan fikiran pelajar dan otak pelajar itu diteroka dengan pemikiran yang lebih luas dan kaedah-kaedah keilmuan juga diajar dan ditekankan kepada mahasiswa berkenaan.


Dengan masa warghih yang lebih terluang kini, warghih memikirkan untuk melanjutkan pengajian dan insyaAllah jika tidak ada aral melintang warghih telah memilih UiTM kerana warghih memang peminat setia UiTM sejak dulu lagi.

nuffnang