Powered By Blogger

nuffnang

Monday 17 May 2010

Peluk Islam kerana tertarik dengan Solat Jumaat


BELIAU dapat 'membaca' sesuatu ekoran perlumbaan kuasa tentera dan senjata antara dua kuasa besar Amerika Syarikat (AS) dan Rusia. Lazimnya AS akan menundukkan mana-mana kuasa lain yang cuba bersaing. Apatah lagi cuba mengatasi kehebatan teknologi persenjataan yang dimilikinya.Bagaimanapun, agak pelik apabila pada suatu hari Rusia memperkenalkan teknik-teknik senjata yang lebih moden dan canggih sehingga melibatkan ruang angkasa di sebuah negara sekutu Rusia, iaitu Cuba, menyebabkan AS menggelabah.Sudah tentu AS tidak senang duduk kerana bimbang Cuba dijadikan pangkalan tentera baru kepada Rusia untuk menyerang negara kuasa besar itu."Apabila Rusia memberi jaminan akan menarik balik segala kemudahan ketenteraan di Cuba tentu sahaja ia adalah syarat yang mesti dipenuhi oleh AS bahawa mereka sama sekali tidak boleh menganggu pemimpin Cuba, Fidel Castro dalam usaha berterusan AS menjatuhkan pemimpin itu."Jika mereka masih berkeras memburu dan menjatuhkan Castro, maka alamatnya segala kemudahan tentera di Cuba akan 'dihidupkan' untuk menyerang AS. Begitulah liciknya Rusia dalam memberi jaminan pengaruh komunis di Cuba tidak akan mengancam AS," tulis Robert Dickson Crane dalam satu artikel mengulas strategi perang psiko antara AS dan Rusia.Crane ketika itu adalah pelajar di Fakulti Undang-undang Universiti Harvard. Tanpa disangka artikel itu dibaca oleh bekas Presiden AS, Richard Nixon ketika dalam penerbangan dari California ke New York."Sejurus mendarat di lapangan terbang, iaitu pada Januari 1963, Nixon terus memanggil saya dan bertanya sama ada saya sedia menjadi penasihatnya untuk urusan politik luar negara," kata Crane.Begitulah bertuahnya Crane natijah tulisannya itu yang berjaya menarik minat Presiden AS yang ke-37 itu untuk menjawat tugas yang cukup mencabar iaitu dari tahun 1963 sehingga 1968. Kemudian beliau dilantik sebagai Pengarah di Dewan Keamanan Kebangsaan.Sepanjang dunia kerjayanya, semasa pemerintahan Presiden Ronald Reagan pula Crane menjadi Duta Besar di Emiriah Arab Bersatu (UAE).Semua tugas tersebut memberi cabaran yang getir namun berbaloi kerana menggabungkan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang cukup berharga kepada Crane.Tugasnya sebagai Penasihat Luar tersebut membawa Crane terlibat secara langsung dengan pelbagai persoalan dan pergolakan politik yang berlaku di dunia luar AS.Beliau sedaya upaya memberi nasihat yang terbaik kepada Presiden apa yang terbaik dilakukan untuk polisi dan dasar luar mereka.Namun amatlah penting bagi Crane membaca banyak bahan bacaan, iaitu tentu sahaja buku-buku, artikel dan jurnal. Ini membuatkan beliau turut membedah topik-topik agama dan mesti mengambil tahu mengenai apa juga agama terutama Islam."Saat itu saya telah membaca sedikit mengenai Islam kerana saya mula terfikir untuk menjadikan Islam itu 'rakan' sekutu kepada AS yang paling kuat untuk tempoh paling lama semata-mata untuk melawan pengaruh dan kuasa komunis.Prejudis"Ini kerana kami (saya dan Nixon) menganggap komunis sebagai ancaman kepada dunia," tuturnya ikhlas.Begitu pun sebenarnya Crane mempunyai pemikiran yang sangat kotor mengenai Islam. Ia berpunca daripada sikapnya yang prejudis dan tidak pernah mengambil serius ajaran sebenar Islam."Yang saya tahu mengenai Islam hanyalah setiap Muslim yang baik harus membunuh penganut Kristian dan syurga bagi agama Islam ini tidak ubahnya seperti rumah pelacuran."Saya tidak pernah berminat mempelajari dan mengenali agama ini kerana bagi saya, Islam sebuah agama yang primitif," katanya.Namun Crane akhirnya 'menjilat air ludahnya sendiri'. Islam yang dikatakan kotor dan menjijikkan itu akhirnya menjadi agama anutannya sehingga beliau kini dikenali sebagai Dr. Robert Farook Dickson Crane.Semuanya bermula ketika beliau dan isteri berada di Bahrain iaitu pada musim panas 1977. Walaupun dalam keadaan suhu yang panas, cuaca yang cerah dan cantik membolehkan Crane dan isterinya bersiar-siar melihat Istana lama di Al Muharraq, iaitu sebuah kota dagang tertua di dunia.Namun Crane dan isterinya itu terpaksa melalui lorong-lorong yang sempit dan bersimpang siur.Akhirnya seperti yang diduga pasangan ini tersesat jalan sehingga mereka bingung tidak tahu arah mana hendak dituju walaupun berada di tengah-tengah orang ramai.Ditakdirkan tuhan, secara tiba-tiba muncul lelaki tua yang menawarkan bantuan kepada Crane dan isteri. Pasangan tersebut kemudiannya menerima pelawaan ke rumah lelaki itu untuk berehat.Di rumah orang tua ini, Crane dan isteri begitu gembira kerana mendapat layanan yang cukup baik dan mesra. Mereka juga dihidangkan pelbagai makanan yang enak."Namun yang sukar dilupakan apabila kami berbicara pelbagai perkara lebih-lebih lagi orang tua itu seorang Islam. Yang menariknya kami lebih bicarakan mengenai isu-isu yang baik-baik dan buruk-buruk yang berlaku di dunia ketika itu."Ia termasuk peranan tuhan terhadap manusia tanpa sedikit pun orang tua itu menyelitkan perihal Islam. Sejak pertemuan itu, ia sangat meninggalkan kesan kepada saya untuk mengenali apakah Islam yang sebenar," katanya.Orang tua itu berjaya membuat Crane tertanya-tanya mengenai Islam. Sebabnya, perilaku dan tahap pemikirannya bukan seperti yang selalu dianggap mengenai Islam dan para penganutnya sebelum ini.Sehinggalah pada tahun 1980, Crane berpeluang mengikuti persidangan antarabangsa mengenai gerakan Islam di New Hampshire. Ia dihadiri oleh pemimpin-pemimpin besar gerakan Islam utama dunia."Pada tengah hari Jumaat itu saya mengekori mereka yang saya sangka masing-masing menuju untuk menikmati makan tengah hari."Namun, rupa-rupanya mereka hendak solat Jumaat di sebuah ruang bangunan yang dikosongkan dan hanya ditutupi permaidani.Harus bersujud"Pada mulanya saya ingin berpatah balik tetapi bimbang perbuatan itu akan menyinggung mereka lalu saya duduk di belakang para jemaah dan menunggu mereka solat," katanya.Ketika itu yang menjadi imam solat ialah tokoh terkemuka gerakan Islam dari Sudan, iaitu Hassan At Turabi."Ketika itulah saat yang begitu menggetarkan perasaan saya dan hampir-hampir menitiskan air mata apabila Hassan berjaya membawa dirinya dan seluruh jemaah sama-sama sujud kepada Allah."Walhal beliau seorang yang amat dihormati dan disegani. Jika beliau dapat sujud kepada Allah, bererti beliau berpuluh kali lebih baik daripada saya."Saat itu saya memutuskan saya juga harus bersujud sebagai tanda penyerahan diri kepada Allah yang Maha Berkuasa yang menciptakan manusia dan seluruh alam ini," katanya.Crane ialah salah seorang tokoh yang akan menyampaikan syarahan di Konvensyen Kesatuan Islam Antarabangsa anjuran Yayasan Ramadan di Kuala Lumpur pada 20 dan 21 Oktober ini.Beliau akan berkongsi lebih banyak pengalaman sejak bergelar Islam dan memegang pe lbagai jawatan penting untuk pertubuhan Islam di Amerika.Turut menyampaikan syarahan ialah tokoh terkemuka Islam dari Syria, Dr. Muhammad Saeed Ramadan Al-Bouti, mantan Perdana Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan ramai lagi tokoh Islam yang lain.Susunan SITI AINIZA KAMSARI




disalin dari http://neutraldaily.blogspot.com/

Tuesday 4 May 2010

Gerabak Khas Wanita

Warghih baru-baru ni naik tren komuter ke KL. Semasa menunggu, ternampak bunting warna pink tergantung di tempat menunggu utama. Ohh...baru warghih teringat KTM Komuter kini telah memperkenalkan koc wanita.
Baguihla mcmtu. Ade privacy sikit n keselesaan bg wanita.
Bila Warghih naik je tren, bukan koc wanita. Tgk2 wanita pun ramai jugak. Lelaki paling ramai sbb kerana mereka terpaksa mengelakkan dari duduk dalam koc wanita. Yang xbestnye, banyak tempat duduk dipenuhi wanita. Yang ramai berdiri = lelaki termasukla warghih.
Warghih tertanya2, kenapala wanita-wanita ini tidak duduk dalam koc khas mereka? Habih dibolot eh tompek duduk kek komuta nih.
Terkenang pula akan berita di akhbar baru-baru ini mengenai cadangan mewujudkan Kementerian Lelaki. Warghih setuju sangat kalau diwujudkan Kementerian itu. Sebabnya ialah perlu ada suatu organisasi yang berjuang menjaga kepentingan kaum lelaki agar kesaksamaan gender yang selama ini diperjuangkan oleh ramai wanita dapat dilaksanakan secara adil kepada kedua-dua belah pihak dan mencapai matlamat utamanya.
Berbalik semula kepada perkhidmatan komuter selain memperkenalkan koc pink, KTM kini telah meningkatkan kualiti perkhidmatannya. Warghih memang puas hati dan two thumbs up for KTM. Perkhidmatan tren kini tepat 30 minit sekali berbanding dulu berjam-jam tunggu komuter.
Mengapa khidmat pengangkutan awam harini semakin cekap dan memuaskan hati? Tentulah kerana dibawah Gagasan 1 Malaysia Perdana Menteri DS Najib Tun Razak telah memperkenal GTP (Government Transform Plan). Menerusi GTP, PM telah menggariskan 6 bidang keberhasilan negara atau NKRA. Salah satu bidang tersebut ialah:- meningkatkan kualiti pengangkutan awam untuk rakyat yang diketuai oleh DS Ong Tee Kiat.

nuffnang