Powered By Blogger

nuffnang

Sunday 25 April 2010

Tahniah dan Syabas atas Kemenangan Barisan Nasional di Hulu Selangor

Warghih amat gembira di atas kemenangan BN bagi PRK Hulu Selangor semalam (25 April 2010). Kemenangan calon MIC - P Kamalanathan, membuktikan penerimaan semula rakyat/pengundi di Hulu Selangor terhadap BN.
Apapun, Warghih juga berasa bangga di atas semangat dan kegigihan rakan-rakan warghih yang bertungkus-lumus memenangkan BN di sana. Kepada mereka warghih ucapkan tahniah dan syabas.
Kemenangan ini amat bermakna kpd BN sebagaimana yang di beritahu oleh YAB Perdana Menteri. Ini membuktikan rakyat kini mula menyokong kerajaan di atas dasar-dasar kerajaan yang kini di lihat tidak mengenepikan rakyat. Contohnya di dalam melaksanakan GST (Government Service Tax), pihak kerajaan tidak terburu-buru melaksanakannya dan memberi kefahaman menyeluruh agar rakyat faham mengenainya. Begitu juga di dalam hal-hal berkaitan subsidi kepada rakyat.
Majoriti kemenangan BN juga meningkat iaitu sebanyak 1725 undi, bermakna lebih tinggi dari majoriti yang diperolehi pembangkang pada PRU yang lalu. Dari perangkaan ini kita dapat melihat bahawa sokongan rakyat terhadap BN telah pulih. Dan sokongan mereka terhadap pembangkang kian pudar. Ini merupakan satu isyarat yang jelas dari pengundi bahawa BN adalah satu-satunya parti yang di perlukan / di harapkan dalam membawa suara rakyat dan satu-satunya parti yang menjaga kebajikan rakyat.
Pengundi telah menilai selama 2 tahun pemerintahan PR di Selangor ; tiada apa-apa perubahan yang jelas di dalam pembanggunan di negeri. Mereka juga melihat bahawa PR hanyalah asyik melakukan ceramah sahaja tetapi tidak mampu mengotakan janji-janji mereka.
Dengan keputusan PRK di Hulu Selangor, dapat di simpulkan bahawa PR kini hilang bisanya dan PRU ke 13 ini bakal menyaksikan ketewasan PR di Selangor.

No comments:

Post a Comment

nuffnang