Powered By Blogger

nuffnang

Tuesday 11 October 2011

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

(Figure dalam gambar diatas hanya andaian dan jangkaan saje..bukan betul2)

Salam to all..

Bajet 2012 yang telah dibentangkan menceriakan pengkhidmat awam (penjawat awam) seluruh negara. Kini mereka boleh menarik nafas lega setelah kerajaan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan Sistem Saraan Baru Pengkhidmatan Awam (SBPA).

Sistem baru diperkenalkan dijangka dapat memantapkan perkhidmatan awam dengan khidmat yang cekap dan berkualiti sesuai dengan hasrat kerajaan mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia yang dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi.

Menerusi SBPA yang bakal dilaksana tahun depan, pengkhidmat awam bakal menikmati kenaikan gaji tahunan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred dan prestasi kerja. Lebih banyak mata gaji akan diwujudkan. Bermakna, gaji minimum pengkhidmat awam telah ditingkatkan selaras dengan kos sara hidup yang kian meningkat.

Namun disebalik berita gembira ini terdapat satu mesej kepada pengkhidmat awam iaitu Prestasi Kerja dijadikan ukuran dalam mengekalkan atau menamatkan perkhidmatan. Pada tafsiran Warghih ialah kepada penjawat awam yang menunjukkan prestasi tinggi berpeluang menikmati pelbagai faedah antaranya kenaikan pangkat dan kenaikan gaji. Manakala sebaliknya penjawat awam yang bermasalah terdedah kepada risiko untuk ditamatkan perkhidmatan jika tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan organisasi. Exit policy juga diperkenalkan dalam memastikan perkhidmatan awam sentiasa berkesan dan bertanggungjawab.

Penjawat Awam haruslah sedar bahawa mereka perlu selari dengan kehendak stakeholder dan pelanggan. Dimana setiap penjawat awam haruslah mendokong hasrat murni kerajaan mentransformasikan Perkhidmatan Awam kearah yang lebih berdaya saing dan fokus kepada rakyat sesuai dengan dasar 1Malaysia, Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan.

Didalam memuaskan hati pelanggan dengan perkhidmatan bermutu, aspek Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni tidak boleh diletak ditepi, ianya haruslah dijadikan amalan dan pelaksanaan. Pengkhidmat Awam tidak boleh lagi mempamerkan muka FRU apabila berhadapan dengan pelanggan.

Dengan perubahan drastik yang bakal dilaksana ini, maka setiap rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung boleh berpuas hati dan menyokong tindakan dan dasar kerajaan. Ingatlah perkhidmatan awam juga dinilai rakyat didalam memilih parti yang memerintah. Jangan kerana segelintir pengkhidmat awam yang tidak bertanggungjawab terlibat dengan rasuah dan sebagainya, kerajaan yang memerintah menerima kesan buruk.

1 comment:

  1. salam warghih..

    bestnye..cepat2 la dilaksanakan gaji baru ni..hehehhe

    ReplyDelete

nuffnang