Powered By Blogger

nuffnang

Tuesday 27 March 2012

Kerajaan tambah subsidi minyak ringan beban pengguna

Salam to all..

Kerajaan hari ini telah menambah subsidi minyak sebanyak 10 sen menjadikan jumlah subsidi kepada 93 sen bagi setiap liter. Dengan penambahan subsidi ini Kerajaan dapat meringankan beban rakyat terbanyak dalam mendepani kos sara hidup yang tinggi.

Harga minyak dunia meningkat kepada 125 USD per barrel berikutan tekanan /sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap Iran. Di kebanyakan Negara seperti Indonesia dan China telah pun menaikkan harga minyak.

Warghih menyokong penuh tindakan kerajaan mengurangkan beban rakyat dengan memberikan subsidi. Namun orang ramai harus mengetahui bahawa setiap liter minyak yang mereka tuang ke tangki kenderaan masing-masing telah diberi subsidi kerajaan. Jika tiada nya subsidi berkenaan mereka perlu membayar sebanyak RM 2.83 !!

Jadi apa yang perlu difahami dengan jelas di sini ialah kerajaan yang ada hari ini sememangnya merupakan sebuah kerajaan yang prihatin dan manjaga kebajikan. Konsep negara kebajikan ini telah lama diaplikasikan oleh Kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional.

Oleh itu sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang dinikmati dan berterima kasih lah kepada kerajaan yang prihatin.

1 comment:

  1. den naik bas je ulang alik keje. tambang 50sen jer. bertuah dok putrajaya nih. kt KL nun tambang bas paling murah pun RM1.

    ReplyDelete

nuffnang