Powered By Blogger

nuffnang

Tuesday 27 March 2012

Langsaikan hutang PTPTN janji palsu Pembangkang

Salam to all…

Baru-baru ni Warghih terdengar Pembangkang berjanji kepada generasi Y untuk melangsaikan hutang-hutang peminjam PTPTN. Sememangnya janji ini sangat manis dan indah jika dapat dilaksanakan. Bak kata omputeh ‘too good to be true’…

Ramai peminjam-peminjam tegar PTPTN berasa gembira dengan janji yang ditaburkan oleh pembangkang. Namun ketahuilah bahawa janji itu PALSU belaka!! Bagaimana pembangkang hendak membayar keseluruhan hutang-hutang peminjam PTPTN?? Sedangkan hutang semasa PTPTN berjumlah RM 44 billion. Macamana pembangkang nak kobok duit untuk jelaskan hutang ni??

Dengan RM 44 billion lebih baik pihak berkuasa membelanjakan duit itu kearah memperkasakan pengangkutan awam, keperluan asas, perumahan, menyediakan prasarana yang boleh membawa manfaat bagi jangkamasa panjang dan memantapkan lagi ekonomi Negara & pendapatan rakyat.

Jika guna RM 44 billion untuk bayar PTPTN… it such a waste…apa yang dapat dengan membayar hutang? Habis kat situ je.. pastu rakyat termiskin, kurang kemampuan, pendapatan sederhana atau kelas pertengahan masih didalam keadaan yang terbiar.

Pelajar-pelajar yang telah berhutang dengan PTPTN haruslah bertanggungjawab dalam membayar hutang mereka. Dah pinjam duit untuk belajar, bayarlah hutang. Bagi peluang pula kepada generasi baru untuk melanjutkan pelajaran.

Jelas, idea pembangkang untuk menjelaskan PTPTN adalah karut sahaja. Ini satu lagi pembohongan disiang hari untuk memancing undi saluran 3-4.

1 comment:

  1. bkn tugas org lain utk langsaikan hutang sendiri. sendiri hutang, sendiri bayar! den dh abes byr utang PTPTN 2 thn lepas. 5 thn membayar dgn potongan gaji, x merasa susah pun. lg puas ader sbb PUAS HATI DPT BYR HUTANG DGN DUIT SENDIRI :) so... sendiri mau ingat la.

    ReplyDelete

nuffnang