Powered By Blogger

nuffnang

Monday 4 July 2011

Terlewat membeli hartanah - suatu kerugian

Salam to all...

Pemilikan hartanah hari ini suatu perkara yang perlu diutamakan memandangkan harga hartanah yang kian meningkat hari ini. Warghih dulu banyak kali melepas untuk membeli rumah iaitu di Shah Alam dan Seremban. Harga pada masa itu jika dibanding dengan harga hari ini nilainya naik 2 kali ganda. Sedangkan baru saja 3 tahun berlalu.

Apa yang boleh disimpulkan disini ialah harga hartanah hari ini meningkat dengan berlipat kali ganda dalam jangkamasa yang singkat (permainan pemaju). Jika kita masih lagi ragu-ragu atau dengan bahasa kasarnya terhegeh-hegeh dalam memilih nak beli atau tidak, jawabnya kita akan melepas. Dan lebih malang lagi mungkin kita tidak akan berkemampuan langsung untuk membeli hartanah yang lebih baik.

Contohnya hari ini harga sebuah rumah teres 22'x70' ialah RM 300,000. Mungkin kita mampu membelinya. Tetapi kita ragu-ragu dan mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Dalam jangkamasa 2 tahun atau 3 tahun lagi harganya naik menjadi hampir sekali ganda iaitu kepada RM 450,000 atau RM 500,000. Pada masa itu kita sememangnya tidak mampu lagi. Akhirnya dengan harga RM 300k pada ketika itu hanya dapat membeli sebuah rumah pangsapuri.

Namun begitu sebelum membeli beberapa perkara haruslah diambil kira. Antaranya ialah :-

1) Kredibiliti dan rekod Pemaju - hal ini perlu diselidiki dengan teliti dan membuat study berkaitannya. Contohnya pemaju T*l*m Corporation merupakan pemaju yang sangat terkenal dengan permasalahan. Maka sebagai pengguna bijak, elakkan membeli dari pemaju yang mempunyai rekod buruk.

2) Potensi Kemajuan/Pembanggunan Kawasan pada masa akan datang. Hal ini dapat diselidiki dengan melihat pembanggunan fizikal di kawasan tersebut atau mendapatkan maklumat rancangan sesuatu pembangunan di kawasan berkenaan.

3) Kemampuan Pembeli. Ini merupakan suatu perkara pokok yang perlu diambil kira, kerana bak kata pepatah "Ukur baju badan sendiri" yang bermaksud melihat kepada kemampuan kita bersesuaian dengan belanja akan dibuat.

Sememangnya mengutamakan membeli hartanah pada peringkat awal merupakan suatu usaha yang bijak dan tidak merugikan.

No comments:

Post a Comment

nuffnang