Powered By Blogger

nuffnang

Monday 4 July 2011

Beri peluang generasi ke3 menyimpan dalam Koperasi Permodalan FELDA (KPF)

Salam to all...

Koperasi Permodalan FELDA (KPF) merupakan salah satu Koperasi yang sangat kompetitif dalam pemberian dividen kepada ahlinya. Pada tahun-tahun yang lepas tidak kurang dari 11% dividen diberikan. Mereka yang layak menyertai KPF ini hanyalah peneroka felda dan anak peneroka (generasi ke 2), kakitgn FELDA dan isteri, dan beberapa pihak yang berkenaan.

Kita semua maklum hari ini peneroka (generasi pertama) dan generasi kedua telah pun terbela nasib mereka dengan pelbagai insentif FELDA. Syabas kepada FELDA dan ini menjadi kebanggaan negara dan banyak negara luar menjadikan FELDA sebagai model untuk dilaksanakan di negara mereka.

Namun, bagaimana pula dengan generasi ke 3 dan generasi ke 4? Memang benar ramai modal insan yang berjaya lahir dari FELDA. Namun, bagaimana dengan yang lain? Untuk mewujudkan rancangan FELDA yang baru hari ini bagi membantu generasi ke 3 dan ke 4 adalah mustahil di mana masalah tanah yang sangat terhad.

Warghih berpendapat generasi yang kurang bernasib baik/ generasi ke 3 dan ke 4 ini boleh dibantu dengan memberikan peluang kepada mereka melabur di dalam KPF. Warghih percaya, jika peluang ini diberikan kepada generasi ke 3 dan ke 4, mereka boleh menaikkan taraf hidup mereka dan ini boleh membantu ke arah mewujudkan rakyat yang berpendapatan tinggi.

Kita perlu mengkaji dan meniru negara Singapura di mana rakyat mereka ramai yang telah bergelar jutawan. Jika Malaysia berjaya mewujudkan ramai rakyat yang berpendapatan tinggi, maka Wawasan 2020 untuk menjadi Negara Maju adalah sangat bermakna.

Selain itu rasionalnya memberi peluang kpd generasi ke 3 dan ke 4 melabur dlm KPF dapat membantu golongan ini. Jika dibanding dengan generasi pertama dan ke 2, mereka ini ramai yang telah berjaya dan hidup mereka telah mencapai kejayaan. Ramai juga antara mereka telah meninggal dunia. Jadi manfaat KPF ini perlu dipanjangkan kepada generasi baru supaya momentum kejayaan itu dapat dikekalkan dan terus memberi manfaat.

Warghih terkenangkan jasa Allahyarham Tun Abdul Razak yang benar-benar membantu rakyat hingga hari ini hasilnya dapat dilihat....

No comments:

Post a Comment

nuffnang