Powered By Blogger

nuffnang

Thursday 5 November 2009

Kete 15 tahun ke atas wajib inspection?

Yessszaa...

Selepas membaca mengenainya diakhbar baru-baru ni warghih terasa terancam... Ape taknya, warghih ada sebuah kete umurnya sebaya warghih iaitu my Toyota LE. Ngeri warghih bayangkan untuk Q panjang gile kat PUSPAKOM. (bisnes runner akan berkembang maju la camni)

Selepas itu, tiap2 hari warghih baca org komplen mengenainya diakhbar dan macam2 saluran lagi. Warghih setuju dengan komplen2 berkenaan..sayang wooo kete lama ni. lagipun xde hutang dan warghih memang xnak tambah hutang dengan terpaksa membeli kete baru.

Sebenarnya tujuan kerajaan untuk memperkenalkan dasar berkenaan ialah untuk mengurangkan kereta lama diatas jalan raya. Hari ini lebih 2juta buah kereta diatas jalan raya.

Tetapi ada yang memberi alasan kereta lama manyak xcident.... Haiyaaa....

Kalo nak diikutkan kete lama lagi tahan lasak. Besi keras dibhgn chassis, body, pintu dan bhgn depan dan belakang. Kalo compare dengan kete-kete baru hari ni, besi dia lagi lembik cam tin sardin. Pastu kat bhgn bumper lak, kete lama lebih tahan lasak dan material bumper itu sendiri memang padu jika dibanding dengan kete baru yang bumpernya plastik leper dan pakai klip je. Bile xsident tercabut sume...

Hahaha...banyak lagi la yg best kete lama nih. Ada juga yg cakap spare part susah cari...haiya manyak kedai halfcut ma...leh convert henjin best lagi...

Seperkara lagi mungkin (orang kata la) bertujuan ialah untuk boost up sale Proton!!hahahhaha...

Tapi warghih xde masalah, kerana warghih sentiasa menyokong semua dasar kerajaan dan jika dah terdesak sangat warghih boleh gak ushar2 kete persona...hehehhe

Cuma yang warghih kesiankan ialah golongan yang kurang bernasib baik. Terpaksa berhutang keliling pinggang...

Apepun semua orang leh menarik nafas lega termasuklah warghih sebab YAB TPM kita telah menyatakan hal berkenaan akan dipertimbang dan langkah sewajarnya akan diambil dan tidak akan menyusahkan rakyat Malaysia.

Warghih sebenarnya setuju juga dengan dasar berkenaan tapi harga kete perlulah diturunkan ketahap yang sebenar dan semua orang(rakyat) boleh menikmati kemakmuran dasar berkenaan dengan memiliki kete baru dengan harga yang mampu milik.

No comments:

Post a Comment

nuffnang