Powered By Blogger

nuffnang

Wednesday 6 May 2009

Masa untuk Bersatu!!

Akhirnya hari ini kita telah dapat PM baru iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak. Terima kasih tak terhingga atas jasa dan budi mantan PM ke 5 ; Tun Abdullah Ahmad Badawi memacu negara kearah memajukan pertanian dan menekankan prinsip keislaman iaitu Islam Hadhari.

Tapi ada pihak yang tak senang duduk, menghentam dan menfitnah PM kita. Orang-orang ini xkan puas selagi xmemerintah.

Sedangkan 4 negeri (sebelum ni 5) yang mereka perintah tak terjaga. Janji tinggal janji, malah di Kedah habis hutan kawasan tadahan hujan digondolkannya. Di Perak dulu pemilikan tanah 999 tahun kepada org cina..

Dalam masa sekojap tu banyak kemusnahan yang dibawa. Yang jadi mangsa? rakyat...

Harini, ekonomi makin parah. Ramai hilang kerja, banyak kilang henti operasi. Banyak pelabur tidak melabur kerana pembangkang telah mewujudkan keadaan politik tak stabil. Selang sebulan dua diadakan pilihanraya kecil. Mereka berdemonstrasi dan membuat huru hara. Lebih teruk lagi mereka memburuk-burukkan nama negara melalui media antarabangsa.

Akhirnya yang susah rakyat...

Akhirnya kita perlu balik ke asal, dan bermuhasabah. Semua pihak perlu bersatu dan mengetepikan fahaman mereka kalau tak nak negara ni jatuh tarafnya kepada negara ketiga. Sama-sama pikirkan jalan camana nak naikkan ekonomi, bantu rakyat.

Sesuai benarlah dengan Gagasan YAB PM harini iaitu 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Rakyat Diutamakan'.

No comments:

Post a Comment

nuffnang