Salam to all..
Setiap hari Sabtu pengguna akan di caj RM 0.20 sen untuk setiap beg plastik. Kempen oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan amatlah dialu-alukan dengan matlamat menjaga kebersihan di Negara kita. Namun ianya terhad kepada pasaraya terpilih sahaja. Masih banyak kedai-kedai yang memberikan beg plastik kepada pembeli.
Walaupun usaha ke arah "Go Green" ini baru bermula namun Warghih berpendapat agar ianya perlu dilaksanakan secara menyeluruh supaya kesan yang optimum dapat dihasilkan melalui kempen ini.
Semua di kalangan rakyat bersetuju untuk menjaga bumi ini daripada pencemaran. Namun, bila dilaksanakan kempen seperti ini ramai yang mengeluh. Fenomena seperti ini adalah biasa dilihat pada peringkat awal pengenalan sesuatu kempen. Lama-lama mereka akan menerima dan mengadaptasi keadaan itu. Namun untuk mendidik rakyat ke arah usaha menjaga kebersihan ini perlu ditingkatkan 100%.
Maksudnya pelaksanaan kempen ini tidak terhad kepada hari Sabtu sahaja. Kalau boleh biarlah penggunaan beg plastik diharamkan sepenuhnya. Kita tidak mati jika tiada beg plastik. Malah beg plastik ini buruk kesannya kepada alam sekitar.
Di negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan lain-lain, mereka menggunakan beg kertas untuk menyimpan barang-barangan. Selain itu mereka membawa bakul atau raga jika ke pasar atau ke kedai. Maka hal ini perlulah dicontohi dan diimplimentasi oleh seluruh masyarakat.
Caranya? Jika ke kedai, pasar, pasaraya dan lain-lain premis untuk tujuan membeli barangan bawalah raga atau bakul sendiri untuk menyimpan barang. Jagalah alam ini dan "Say No to Plastic Bag".
No comments:
Post a Comment