Powered By Blogger

nuffnang

Wednesday, 14 April 2010

Aduan Terhadap Mahkamah Syariah

Salam to all.

Dari dulu lagi kita dihidangkan dengan berita atau aduan mengenai kes-kes di Mahkamah Syariah. Ada pasangan yang dah bercerai bertahun-tahun, tapi kes belum selesai. Ada juga yang membuat tuntutan melalui mahkamah syariah dan banyak lagi masalah-masalah.
Di dalam laporan Berita Harian baru-baru ini, DYMM Sultan Selangor telah mengesa agar Hakim Syarie tidak melengah-lengahkan prosiding. Di dalam laporan yang terdahulu juga iaitu pada tahun 2002, Ketua Hakim Syarie pada ketika itu ada menyebut mengenai Majlis SULH akan menyelesaikan masalah tertangguh.
Namun hari ini masalah itu masih ada dan menghantui orang ramai.
Apa yang Warghih fahami, Majlis SULH tidak akan berjaya apabila pihak-pihak bertikai ini tidak mempunyai satu persetujuan bersama. Maknanya sebelum mereka masuk ke Majlis SULH, mereka hendaklah berbincang dan mencapai kata sepakat serta keputusan itu mestilah muktamad iaitu yang membawa kebaikan, keadilan bagi kedua-dua belah pihak.
Sekiranya pergi ke Majlis SULH tanpa kata sepakat atau masih ada perkara yang masih belum puas hati, alamatnya Majlis SULH tidak akan berjaya dan kes akan dibawa ke Mahkamah.
Lebih memburukkan keadaan, ramai yang tidak faham dengan proses mahkamah. Apabila satu-satu keputusan yang diputuskan hakim, mereka tidak bersetuju kerana tidak memahami proses dan sbgnya mengakibatkan mereka tidak begitu ambil berat dan tidak ambil kisah. Akhirnya diri yang merana.
Namun demikian, bagi sesiapa yang ingin membuat aduan atas kesulitan yang dihadapi berkaitan kes atau sebagainya, mereka boleh membuat aduan kepada di alamat yang tertera dibawah :-
Ketua Pengarah,
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia,
Aras 2 & 3, Blok D7, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62677 Putrajaya Tel:603-8886 4800 Faks:603-8889 1627

No comments:

Post a Comment

nuffnang