Powered By Blogger

nuffnang

Thursday, 5 November 2009

MLM skim cepat kaya????

Member lama tiba-tiba carik??

Ape sebabnya?? Ada 2 sebab ;-

1) Nak jemput kenduri kahwin

2) Nak ajak masuk MLM


Yang no 1 tu oklah.. tapi yang no 2 tu memang cam lahanat sikit...hahahaha

Itulah yang terjadi kepada warghih baru-baru ni. Ade sorang kawan lama masa blaja kat itm tiba2 call warghih. Mane la brader ni dapat no hp warghih?? Warghih dah tukar no hp.

Beria2 mamat ni nak jumpa n one day, dia ajak tengok company profile dia.. Warghih ingatkan dia kontrektor, tapi bila partner dia terangkan pada warghih, barulah warghih dapat tangkap. MLM rupanya...cisssssssss...

Gila wooo.... modal RM 38k.. patutla beria-ia carik warghih. Kononnya kakitangan kerajaan leh buat personal loan banyak2....

Mula-mula warghih buntang bijik mata gak.. bayangkan semua yang join tu umur 21 tahun dah pakai nissan fairlady, bmw m5, mini cooper dan macam2 lagi. tengok kat sini dan sini...
Tapi disebabkan member tadi tersangat mendesak warghih untuk masuk warghih pun pk masak2 dan mengkaji menatang ni...

Sebenarnya masuk mlm ni memang xsalah.. Kalo mlm tu ade lesen AJL, kebenaran/kelulusan dari KPDNHEP untuk menjalankan perniagaan secara langsung dan banyak lagi la.

Yang paling penting ialah, kene tahan la.. kene hati kering baru boleh berjaya. Kalo lemah semangat da stop di tengah jalan.

Ada banyak MLM. Hi- O, DHCL, Luxor dan macam2 lagi...ada yang sah dan ada penipu besar. Dari pengamatan warghih, banyak MLM kaput yang menipu ni dulu dah collect duit orang ramai pastu lari dan kemudiannya perkenalkan MLM baru, nama baru, produk baru tapi concept sama..

Nasihat warghih kepada yang belum join tapi telah diajak kawan lama atau kawan rapat tu selidiklah MLM tersebut dengan teliti. Leh cek kat forum ni.. ramai pengguna yang boleh membantu dengan maklumat yang bernas/sesuai untuk di ikut.

Lagi satu warghih beranggapan menyimpan di ASB/ Amanah saham 1 Malaysia/ atau Unit Trust lebih menguntungkan dan dijamin pulangannya.

No comments:

Post a Comment

nuffnang