Powered By Blogger

nuffnang

Friday, 21 August 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah...

Kerana dipanjangkan usia dan dapat melalui Ramadhan Al Mubarak kali ini.

Diharapkan aku dapat buat mlaksanakan ibadah puasa dengan jayanya lebih baik dari yang lepas. Selain tu jugak aku harap sangat dapat buat ibadah2 lain dengan jayanya jugak..

Kepada sapa yang sudi baca blog ni pun aku ucapkan Selamat Menjalani Ibadah di Dalam Bulan Ramadhan yang sangat mulia nih..

Wednesday, 19 August 2009

Jabatan Penerangan kene pantau akhbar-akhbar cina - Datuk A Kadir Jasin

Warghih telah berpeluang hadir ke Majlis Luncheon Talk bersama Datuk A Kadir Jasin, Ketua Pengarang Berita Publishing di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur baru-baru ni.

Datuk Kadir Jasin telah menceritakan nostalgianya ketika awal zaman kewartawanannya di era 60-70an (kalau tak silap warghih)

Beliau berkata, Jabatan Penerangan dahulu peranannya sangat penting didalam mengawal akhbar dan menjadi sumber utama didalam membekalkan maklumat-maklumat kerajaan kepada media cetak pada masa itu.

Cumanya cabaran pada zaman itu jika dibanding dengan zaman ini ialah media telah berkembang sangat pesat. Dulu, tv cuma ada satu itupun tv kerajaan , begitu juga dengan radio dan media cetak. Harini sahaja stesyen tv utama ada 9 buah, radio hampir 70 buah, media cetak dengan akhbar dan majalahnya serta yang paling latest yang free dan tak terkawal media online yang dah ada setengah juta blog atau lebih...

Yang kelakarnya Datuk dengan sinis berkata "beat them and join them" dengan mengenangkan beberapa tragedi menyelar blogger dengan mengatakan mereka goblog.. akhir sekali pihak kerajaan terpaksa mengakui bahawa antara punca beberapa kekalahan ialah blog..dan ramai antara didalam kerajaan kini ada blog.

Berbalik semula kepada hal memantau akhbar cina yang dikatakan hampir-hampir tidak terkawal oleh kerajaan. Wartawan cina dikatakan rascist dan cauvinist didalam penulisan mereka. Penuh dengan sinis dan menghentam. baca sini dan sini

Ini tidak adil kerana Utusan Melayu yang dikatakan rascist sebenarnya tidaklah se"rascist" Sin Chew Daily dan beberapa akhbar yang berkenaan. Hingga ramai pihak menghentam Utusan Melayu sedangkan mereka sebenarnya yang lebih rascist.

Didalam mengupas isu, nampaknya akhbar cina berkenaan seolah-olah bersuara seperti mempersoalkan banyak perkara dan tidak membantu langsung didalam penyatuan antara kaum.

Rasa-rasa warghih pernah tengok pegawai cina di Jabatan Penerangan KL semasa melawat ke bahagian itu dulu..mereka duk menonggok kononnya memantau akhbar, tapi xde pun laporan tentang suratkhabar cina ni....

Tak tahulah kalau-kalau mereka itu turut menyokong penulisan tersebut...

nuffnang