Powered By Blogger

nuffnang

Monday 25 July 2011

Pengagihan Bendera Malaysia Percuma Sempena Sambutan Kemerdekaan ke 54

Salam to all..

Setiapkali tiba musim Sambutan Kemerdekaan, ada segelintir pihak yang mencari-cari adakah pihak Kerajaan akan memberikan Jalur Gemilang secara percuma kepada organisasi tertentu atau orang awam.

Pada pandangan warghih jika benar seseorang itu bersemangat patriotik, orang itu mestilah sanggup berkorban nyawa dan harta demi Negara. Itu barulah seorang patriot sejati. Tapi dalam kes nak mendapatkan bendera percuma ni, lebih baiklah beli bendera tu barulah benar2 patriotik. Bukan mahal sangat punn...jangan la kedekut sangat!

Warghih tengok ramai antara kita ni semua nak free je.. Kemon la brader, dah macam-macam kerajaan bagi kepada kita semua. Pendidikan, subsidi, pembangunan.. u name it, tak terkira banyaknya kerajaan memberi kepada kita semua. Tapi bila nak tunjukkan semangat patriotik.. hampeh... Bendera pun nak mintak dari kerajaan bagi.

Sempena kemerdekaan kali ini merdeka kanlah minda kita semua dari sikap dan sifat terlalu bergantung ini. Dan berjinak-jinaklah untuk berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu. Nikmat sesuatu perkara yang diperoleh dengan cara berusaha sendiri lebih baik daripada dapat free...

* tajuk ni saje warghih kasik catchy sikit barula kene...heheheh

Tuesday 12 July 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 54

Salam to all..

Sempena Hari Kemerdekaan ke 54 kali ini, warghih telah merekabentuk banner seperti diatas. Walaupun x canggih sangat namun selaku rakyat Malaysia yang cinta kpd Negara, inisiatif ini diambil.

Warghih harapkan seluruh rakyat Malaysia bersemangat tinggi dan meningkatkan rasa cinta kepada Negara kita dalam menyambut Hari Kemerdekaan kali ini. Tunjukkan kesetiaan anda yang tidak berbelah bahagi kepada negara dengan cara yang sesuai dan kreatif.

Alhamdulillah dan syukur kerana bulan kemerdekaan kali ini jatuh pada bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bermakna kita juga Merdeka dari syaitan-syaitan kerana mereka dikurung pada bulan ini.

Monday 11 July 2011

Naruto

Salam to all...

Santai sikit harini. Warghih just nak share sedikit gambar yang berjaya dihasilkan menggunakan teknik asas photoshop iaitu eraser, gradient, pen tool dan difference.

Esok warghih cuba untuk menghasilkan gambar berbentuk kempen. Santai for today and get serious tomorrow....

Tema Hari Kemerdekaan ke 54 Tahun 2011

Salam to All dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 54 tahun ini.

Untuk makluman semua,

Tema Hari Kemerdekaan ke 54, Tahun 2011 :

1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera




Info: Jabatan Penerangan Malaysia.

Sunday 10 July 2011

Perhimpunan Haram BERSIH 2.0



Salam to All...

Alhamdulillah, hari ni 10 Julai - Perhimpunan Haram BERSIH dah berakhir. Semua menarik nafas lega kerana keadaan trafik di KL kembali normal. Sejak 8hb Julai (Jumaat) semua jalan nak masuk ke KL diadakan pemeriksaan polis.

Pada hari itu juga warghih sebagai pengguna jalan raya yang setia melalui Federal Highway menyaksikan trafik jem yang sangat teruk dari Shah Alam sampai ke Kuala Lumpur.

So bila da berakhirnya BERSIH barulah semua kembali tenang.

Apa impaknya BERSIH ni kepada Negara?? warga kota yang tidak bersalah terpaksa menelan pahit akibat kesusahan yang dialami. Perniagaan tidak dapat dijalankan, aktiviti rutin mereka terganggu dan sememangnya sangat2 menyusahkan dan merugikan. Ramai yang bekerja pada hari tersebut juga terjejas.

Manakala kepada peserta2 Perhimpunan Haram pula, ramai yang ditahan dan masuk lokap. Yang kesiannya kanak-kanak pun kena tangkap. Apa la mereka ni? Anak-anak pun dibawa ke tempat yang tidak sepatutnya.

Kesian juga warhih melihat kepada seorang peserta yang meninggal dunia semasa berdemo - Inalillah.

Tidak wajar pihak pembangkang menyalahkan polis mengakibatkan kematian tersebut. Polis hanyalah menjalankan tanggungjawab didalam memastikan keamanan dan ketenteraman awam. Manakala pihak BERSIH ini lah yang sepatutnya dipersalahkan kerana menganjurkan perhimpunan sedemikian rupa. Malah awal-awal lagi mereka telah di beri peringatan supaya tidak membuat perhimpunan haram. Lebih malang lagi nasihat SPB Yang di-Pertuan Agong tidak di endahkan puak2 ini.

Jelas dan nyata mereka sememangnya berniat utk membuat huru-hara. Bila ahli mereka mengalami kematian pihak polis dipersalahkan. Sebetulnya mereka (penganjur BERSIH) inilah yang bersalah kerana perhimpunan ini dilaksana atas kemahuan sendiri dan sikap keras kepala yang tidak mahu mendengar nasihat.

Kesimpulannya jangan salahkan pihak lain atas kesilapan sendiri. Pikirlah dan renungilah kekurangan diri sendiri sebelum menunding jari kepada orang lain.

Wednesday 6 July 2011

Laksana Secara Menyeluruh Kempen Kurangkan Beg Plastik


Salam to all..

Setiap hari Sabtu pengguna akan di caj RM 0.20 sen untuk setiap beg plastik. Kempen oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan amatlah dialu-alukan dengan matlamat menjaga kebersihan di Negara kita. Namun ianya terhad kepada pasaraya terpilih sahaja. Masih banyak kedai-kedai yang memberikan beg plastik kepada pembeli.

Walaupun usaha ke arah "Go Green" ini baru bermula namun Warghih berpendapat agar ianya perlu dilaksanakan secara menyeluruh supaya kesan yang optimum dapat dihasilkan melalui kempen ini.

Semua di kalangan rakyat bersetuju untuk menjaga bumi ini daripada pencemaran. Namun, bila dilaksanakan kempen seperti ini ramai yang mengeluh. Fenomena seperti ini adalah biasa dilihat pada peringkat awal pengenalan sesuatu kempen. Lama-lama mereka akan menerima dan mengadaptasi keadaan itu. Namun untuk mendidik rakyat ke arah usaha menjaga kebersihan ini perlu ditingkatkan 100%.

Maksudnya pelaksanaan kempen ini tidak terhad kepada hari Sabtu sahaja. Kalau boleh biarlah penggunaan beg plastik diharamkan sepenuhnya. Kita tidak mati jika tiada beg plastik. Malah beg plastik ini buruk kesannya kepada alam sekitar.

Di negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan lain-lain, mereka menggunakan beg kertas untuk menyimpan barang-barangan. Selain itu mereka membawa bakul atau raga jika ke pasar atau ke kedai. Maka hal ini perlulah dicontohi dan diimplimentasi oleh seluruh masyarakat.

Caranya? Jika ke kedai, pasar, pasaraya dan lain-lain premis untuk tujuan membeli barangan bawalah raga atau bakul sendiri untuk menyimpan barang. Jagalah alam ini dan "Say No to Plastic Bag".

Monday 4 July 2011

Shah Alam 2 - Pelaburan Bijak


Salam to all..

Warghih pada mulanya tidak sedar kewujudan Shah Alam 2 ni. Selepas meninjau ke kawasan UiTM Puncak Alam barulah warghih mengetahui wujudnya satu pembangunan baru iaitu Shah Alam 2.

Bandar ini dimajukan oleh syarikat yang reputasinya sangat terkenal iaitu IJM Land. Design-design rumah dikawasan ini sangat cantik, hebat dan up to date. Yang lebih menarik perhatian warghih ialah harga yang ditawarkan iaitu dengan RM 280,000 anda boleh memiliki sebuah rumah semi dee!

Di kawasan lembah Klang ini sememangnya jangan harap nak dapat rumah bertanah, berkeluasan luas dengan harga tersebut. Kalau boleh dapat pun rumah tersebut kemungkinan bermasalah.

Di kawasan ini terdapat pasaraya besar econsave. Dalam perancangan kini ialah pembinaan sebuah pasaraya besar Tesco. Selain itu terdapat juga restoran fast food iaitu Mc Donald, stesyen minyak dan lain-lain di sekitar Shah Alam 2.

Lokasi Shah Alam 2 yang hampir dengan UiTM Puncak Alam menjadikan rumah di kawasan ini top selling. Baru-baru ini IJM Land membuat penjualan rumah semi dee iaitu Carmitta namun x sampai berapa bulan sold out. Kemudian IJM Land merancang membina semi dee iaitu jenis Amanda. Belum pun lagi membina showhouse Amanda juga sudah habis macam goreng pisang.

So apa yang dapat di kenalpasti ialah rumah di kawasan ini menjadi pilihan ramai malah yang ada yang bekerja di Kuala Lumpur, Subang pun memilih untuk membeli di kawasan ini mungkin kerana tempat ini aman, bersih dan tenang.

Selain itu semenjak UiTM beroperasi di kawasan ini, nilai sewa rumah semakin meningkat kepada RM 1000 lebih bagi rumah teres. Lebih memudahkan penyewa yang rata-ratanya student UiTM ialah perkhidmatan bas rapidkl juga dilihat melalui jalan ini.

Warghih mendengar rumours bahawa UiTM Puncak Alam akan menerima lebih 40,000 pelajar selepas ini. Sekiranya ianya berlaku, maka bermakna kemeriahan Shah Alam seperti di Seksyen 7 dan Seksyen 2 akan wujud di kawasan ini. Lebih bagus ialah peluang-peluang perniagaan akan wujud macam cendawan tumbuh selepas hujan. Kerana permintaan yang tinggi terhadap produk dan perkhidmatan akan muncul di sini selain dari peluang pekerjaan.

Terlewat membeli hartanah - suatu kerugian

Salam to all...

Pemilikan hartanah hari ini suatu perkara yang perlu diutamakan memandangkan harga hartanah yang kian meningkat hari ini. Warghih dulu banyak kali melepas untuk membeli rumah iaitu di Shah Alam dan Seremban. Harga pada masa itu jika dibanding dengan harga hari ini nilainya naik 2 kali ganda. Sedangkan baru saja 3 tahun berlalu.

Apa yang boleh disimpulkan disini ialah harga hartanah hari ini meningkat dengan berlipat kali ganda dalam jangkamasa yang singkat (permainan pemaju). Jika kita masih lagi ragu-ragu atau dengan bahasa kasarnya terhegeh-hegeh dalam memilih nak beli atau tidak, jawabnya kita akan melepas. Dan lebih malang lagi mungkin kita tidak akan berkemampuan langsung untuk membeli hartanah yang lebih baik.

Contohnya hari ini harga sebuah rumah teres 22'x70' ialah RM 300,000. Mungkin kita mampu membelinya. Tetapi kita ragu-ragu dan mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Dalam jangkamasa 2 tahun atau 3 tahun lagi harganya naik menjadi hampir sekali ganda iaitu kepada RM 450,000 atau RM 500,000. Pada masa itu kita sememangnya tidak mampu lagi. Akhirnya dengan harga RM 300k pada ketika itu hanya dapat membeli sebuah rumah pangsapuri.

Namun begitu sebelum membeli beberapa perkara haruslah diambil kira. Antaranya ialah :-

1) Kredibiliti dan rekod Pemaju - hal ini perlu diselidiki dengan teliti dan membuat study berkaitannya. Contohnya pemaju T*l*m Corporation merupakan pemaju yang sangat terkenal dengan permasalahan. Maka sebagai pengguna bijak, elakkan membeli dari pemaju yang mempunyai rekod buruk.

2) Potensi Kemajuan/Pembanggunan Kawasan pada masa akan datang. Hal ini dapat diselidiki dengan melihat pembanggunan fizikal di kawasan tersebut atau mendapatkan maklumat rancangan sesuatu pembangunan di kawasan berkenaan.

3) Kemampuan Pembeli. Ini merupakan suatu perkara pokok yang perlu diambil kira, kerana bak kata pepatah "Ukur baju badan sendiri" yang bermaksud melihat kepada kemampuan kita bersesuaian dengan belanja akan dibuat.

Sememangnya mengutamakan membeli hartanah pada peringkat awal merupakan suatu usaha yang bijak dan tidak merugikan.

Beri peluang generasi ke3 menyimpan dalam Koperasi Permodalan FELDA (KPF)

Salam to all...

Koperasi Permodalan FELDA (KPF) merupakan salah satu Koperasi yang sangat kompetitif dalam pemberian dividen kepada ahlinya. Pada tahun-tahun yang lepas tidak kurang dari 11% dividen diberikan. Mereka yang layak menyertai KPF ini hanyalah peneroka felda dan anak peneroka (generasi ke 2), kakitgn FELDA dan isteri, dan beberapa pihak yang berkenaan.

Kita semua maklum hari ini peneroka (generasi pertama) dan generasi kedua telah pun terbela nasib mereka dengan pelbagai insentif FELDA. Syabas kepada FELDA dan ini menjadi kebanggaan negara dan banyak negara luar menjadikan FELDA sebagai model untuk dilaksanakan di negara mereka.

Namun, bagaimana pula dengan generasi ke 3 dan generasi ke 4? Memang benar ramai modal insan yang berjaya lahir dari FELDA. Namun, bagaimana dengan yang lain? Untuk mewujudkan rancangan FELDA yang baru hari ini bagi membantu generasi ke 3 dan ke 4 adalah mustahil di mana masalah tanah yang sangat terhad.

Warghih berpendapat generasi yang kurang bernasib baik/ generasi ke 3 dan ke 4 ini boleh dibantu dengan memberikan peluang kepada mereka melabur di dalam KPF. Warghih percaya, jika peluang ini diberikan kepada generasi ke 3 dan ke 4, mereka boleh menaikkan taraf hidup mereka dan ini boleh membantu ke arah mewujudkan rakyat yang berpendapatan tinggi.

Kita perlu mengkaji dan meniru negara Singapura di mana rakyat mereka ramai yang telah bergelar jutawan. Jika Malaysia berjaya mewujudkan ramai rakyat yang berpendapatan tinggi, maka Wawasan 2020 untuk menjadi Negara Maju adalah sangat bermakna.

Selain itu rasionalnya memberi peluang kpd generasi ke 3 dan ke 4 melabur dlm KPF dapat membantu golongan ini. Jika dibanding dengan generasi pertama dan ke 2, mereka ini ramai yang telah berjaya dan hidup mereka telah mencapai kejayaan. Ramai juga antara mereka telah meninggal dunia. Jadi manfaat KPF ini perlu dipanjangkan kepada generasi baru supaya momentum kejayaan itu dapat dikekalkan dan terus memberi manfaat.

Warghih terkenangkan jasa Allahyarham Tun Abdul Razak yang benar-benar membantu rakyat hingga hari ini hasilnya dapat dilihat....

nuffnang